Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI - Coggle Diagram
SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI
PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN
Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan merupakan sistem tulisan dan ejaan Jawi yang terkini (diterbitkan oleh DBP, 1986)
Sistem ini telah disempurnakan daripada Kaedah Ejaan Jawi berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Za'ba
Ia dihasilkan berdasarkan rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan (1984)
Hasil daripada Konvensyen itu telah diperkemaskan dengan maklumat daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam (1991) dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat
Kebangsaan (1993)
Maklumat-maklumat tersebut sudah disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan DBP (1993-1994)
Sistem ejaan Jawi di dalam PEJYD merupakan yang terkini dan disusun berdasarkan dokumen-dokumen daripada DBP
Terbitan yang diselaraskan:
1) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
2) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua,1989.
Tulisan Jawi:
Dibaca serta ditulis dari kanan ke kiri
Tiada huruf besar atau huruf kecil
Berlaku perubahan bentuk huruf bagi beberapa huruf apabila disambungkan
TULISAN, ABJAD DAN HURUF
Tulisan jawi bercampur dengan tulisan Arab yang mempunyai 29 aksara (huruf)
Terdapat lima huruf tambahan yang dicipta oleh orang Melayu yang lazimnya disebut dalam beberapa perkataan
Huruf ini bukan huruf Arab tetapi terdapat dalam tulisan Jawi:
Ca (چ)
Nga (ڠ)
Pa (ق)
Ga (گ)
Nya (ڽ)
Huruf ini dicipta untuk menyamakan bunyi-bunyi yang kebiasaan digunakan pada lidah orang Melayu dan huruf ini dicipta seakan-akan sama bentuk dengan huruf Arab
Terdapat dua tambahan huruf untuk memenuhi ejaan terkini:
ۏ - va<
ى - ye<
Abjad Jawi Bahasa Melayu yang terkini mengandungi 37 huruf bentuk tunggal
Huruf Jawi Bahasa Melayu
ا- a, alif
ب- b, ba
ت- t, ta
ث- s/th, sa/tha
ج- j, ja
چ- c, ca
ح- h, ha
خ- kh, kha(kho)
د- d, da
ذ- z/dh, zal(dhal)
ر- r, ra(ro)
ز- z, zai
س- s, sin
ش- sy/sh, syin
ص- s, sad(sod)
ض- d, dad(dod)
ط- t, ta(to)
ظ- z, za(zo)
ع- awal(a,i,u) akhir(k,'), ain
غ- gh, ghain
ng, nga-ڠ
ف- f, fa
ق- q/k, qaf
ك- k, kaf
ل- l, lam
م- m, mim
ن- n, nun
و- w/u/o, wau
ۏ- v, va
ه- h, ha
ء- awal(gugur) akhir(k,'), hamzah
ي- y/i/e, ya
ڽ- ny, ny
ة - t/h, ta marbutah
ڬ- g, ga
ڤ- p, pa
ى- e, ye
Terdapat tiga jenis pembentukan lazim digunakan:
Ejaan Lazim
untuk mengeja suku kata yang terbuka atau yang tertutup
suku kata itu sama ada bunyi ke atas, ke bawah atau ke depan
contohnya: -suka( سوك) -bantal( بنتل ) -bulan (بولن)
Ejaan Mengikut Hukum
terdapat beberapa hukum mengeja iaitu hukum darlung, hukum diluar darlung, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum a-ha dan ejaan lampau hukum
hukum darlung
cara mengeja dua suku kata terbuka dengan gabungan vokal (a+a), iaitu sama ada suku kata akhirnya dieja dengan menggunakan huruf saksi alif atau tidak.
melibatkan lima huruf, iaitu dal (د), ro (ر), nga (ڠ), lam (ل), dan wau (و)
di dalam hukum ini, jika terdapat dua suku kata terbuaka yang kedua-duanya menggunakan vokal 'a', maka suku kata akhir perkataan tersebut perlu dieja dengan alif (jika suku kata akhir itu dimulai dengan salah satu huruf konsonan di atas)
contohnya: دادا)-د (بارا)-ر (ڽالا)-ل (ساوا)-و ڠ-(ڠاڠا))
hukum diluar darlung
digunakan apabila sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata praakhir dan akhir bunyi vokal terbuka [a]
hukum ini terpakai pada kata Melayu jati dan juga kata yang bukan daripada kata Arab
contohnya: ساي , راس, باچ ,مات
hukum ka-ga
berasaskan kepada huruf (ك) ka dan (ڬ) ga
menentukan semua bunyi huruf (ka) dan (ga) di akhir sesuatu perkataan tidak perlu dieja dengan menggunakan huruf saksi alif
, tidak kira apa bentuk suku kata di depannya dan apa vokal yang digunakan
contohnya: (جوݢ-(ڬ) باک-(ك
hukum ra-ma
peraturan yang menentukan semua perkataan yang berakhirdengan dua suku kata (ra+ma) hendaklah memakai huruf saksi alif.
merupakan kekecualiaan daripada Hukum Darlung
contohnya: اسراما , دراما , ايراما
hukum a-ha
hukum ini tidak akan dijumpai jika menggunakan tulisan rumi
Setiap perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih, dan diakhiri dengan bunyi a-ha [ها] maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] tidak diberikan huruf alifnya.
contohnya: ڤها , مها , اوسها
Setiap perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih dan mengandungi bunyi a-ha [ها] di tengah perkataan, maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] juga tidak diberikan huruf alifnya
contohnya: بهاس , بهاس , بهاي
ejaan lampau hukum
ejaan yang melampaui hukum-hukum ejaan yang tertentu sepertimelampaui Hukum Deranglu atau Hukum Ka-ga
Contohnya, perkataan 'basya' (bahasa Turki-Arab) dan 'fasa' (bahasa inggeris), maka huruf alif ditambah pada suku kata akhirnya
contohnya: باشا , فاسا
Ejaan Tradisi
penggunaan kaedah baris
kadangkala digudurkan baris
contohnya: -tiada (تئاد ) -pada (قد ) -kepada (كقد )
HURUF JAWI YANG DIPINJAM
ڽ- ny, nya
ۏ- v, va
ڤ- p, pa
چ- c, ca
ڬ- g, ga