Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGAJARAN MIKRO - Coggle Diagram
PENGAJARAN MIKRO
KONSEP
Pengajaran mikro adalah untuk mempraktikan sebahagian kecil daripada keseluruhan kegiatan sesuatu pengajaran. Pengajaran mikro juga merupakan satu kaedah latihan mengajar yang dilakukan secara praktik dan telah dipermudahkan pencapaiannya. Di samping itu, pengajaran mikro juga merupakan satu teknik latihan untuk membantu guru-guru pelatih menjadi lebih berkesan dan berwibawa dalam bidang pengajaran.
KEPENTINGAN
- Pengajaran mikro dapat menngurangkan kerumitan dan masalah pengajaran biasa dalam bilik darjah dari segi saiz, isi pengajaran dan peruntukan masa.
- Pengajaran mikrodapat memberi maklum balas terhadap prestasi pengajaran guru dengan serta-merta terhadap pelaksanaan dan perlakuaan mereka. Guru-guru pelatih dapat menyaksikan kembali tindak tanduk yang dilakukan mereka semasa mengajar melalui rakamana video yang digunakan.
- Pengajaran mikro membolehkan mereka melaksanakan dan mewujudkan pengajaran dalam keadaan yang sempurna dan terkawal
- Pengajaran mikro yang dijalankan oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan dan university dapat menjimatkan masa. Penguasaan kemahiran pengajaran boleh dicapai dalam masa yang singkat.
- Guru pelatih dapat mempraktikan kemahiran-kemahiran mengajar dalam keadaan yang hampir sama dengan bilik darjah.
CIRI -CIRI
- Jumlah murid yang sedikit. Sebaik-baiknya jumlah murid yang terlibat adalah antara 10 hingga 15 orang. Murid boeh terdiri daripada murid sekolah yang sebenar, atau rakan sekursus guru pelatih itu sendiri. Dengan bilangan murid yang kecil, pengajaran guru tidak banyak diganggu oleh kerenah murid dan guru dapat memberi tumpuan kepada aspek tertentu atau kemahiran mengajar tertentu.
- Fokus hanya kepada satu atau dua strategi pengajaran. Guru pelatih hanya perlu menggunakan satu atau dua strtegi atau teknik pengajaran ketika menyampaikan pelajarannya. Dengan mengehadkan strategi pengajaran, perbincangan selepas pengajaran mikro akan dapat difokus kepada jenis kemahiran yang dipilih.
- Jangka masa pengajaran yang singkat. Pengajaran mikro dijalankan antara 5 hingga 20 minit sahaja. Jangka masa pengajaran yang singkat ini dapat mengurangkan stres kepada guru di samping penekanan kepada satu atau dua kemahiran sahaja.
- Bahan pelajaran yang sedikit. Guru tidak perlu menyampaikan keseluruhan isi pelajaran. Hanya sebahagian isi pelajaran yang diambil. Dengan cara ini guru akan dapat menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada penyampaian pelajaran.
- Perbincangan selepas pengajaran. Pensyarah akan membuat perbincangan selepas pengajaran mikro dijalankan. Perbincangan dilakukan antara pensyarah, pelajar dan guru pelatih. Rakaman juga boleh dibuat semasa pengajaran mikro dijalankan, dan rakaman ini ditayang semula semasa perbincangan.
- Objektif pengajaran-pembelajaran yang terhad. Dalam pengajaran mikro, hanya perlu mencatatkan satu atau dua hasil pembelajaran. Dengan hasil pembelajaran yang terhad ini dijangkakan guru akan dapat mencapainya.
OBJEKTIF
-
-
- Membolehkan guru dapat menguasai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan.
- Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas.
5.Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar.
-