Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK (Aqilah, Ashikin, Fathiah, Fatimah) - Coggle…
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK (Aqilah, Ashikin, Fathiah, Fatimah)
ETNIK
Konsep: sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi
Cth: kaum melayu menggunakan bahasa melayu, kaum cina menggunakan bahasa mandarin, dan kaum india menggunakan bahsa tamil
ETNISITI
Konsep: rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
Cth: apabila menyambut sesuatu perayaan sesuatu kaum, kaum tersebut akan menyambut dengan budaya dan adat resam yang telah dipelajari oleh turun temurun. sebagai contoh kaum cina akan makan besar apabila menyambut tahun baru cina
ETNOSENTRISME
Konsep: Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik
dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
Cth: Sistem kasta (golongan Brahmin anggap diri mereka adalah suci dan mulia serta tidak boleh bergaul dengan golongan kasta yang lain)
RAS
Ukuran perbezaan sesuatu kelompok dengan kolompok yang lain berdasarkan kepada perbezaan fizikal. Contoh perbezaan warna kulit, rambut, mata dan hidung.
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata.
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
DISKRIMINASI
Perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
SEGREGASI
Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Contohnya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan.
AKOMODASI
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Contoh: Tali leher, angpau, makanan
ASIMILASI
Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Contohnya masyarakat Jawa, Cina Kelantan dan Baba Nyonya & orang Melayu di Thailand. (A+B+C=A)
AMALGAMASI
Merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. (A+B+C=D)