Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN TOKOH ISLAM - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN TOKOH ISLAM
IMAM ABU HANIFAH
KAEDAH CONTOH TELADAN YANG BAIK
Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yang baik
Merupakan satu cara tidak langsung semasa beliau menyampaikan ajaran kepada anak muridnya.
KAEDAH MUJADALAH
digunakan ketika beliau berdepan dengan anak-anak muridnya yang dewasa.
tidak membenarkan taklid semata-mata
Anak didik bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh.
KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
Kaedah digunakan ketika berhadapan dengan golongan pembesar, masalah atau persoalan untuk diselesaikan.
Sering kali timbul masalah-masalah baharu yang tidak menemui hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran dan hadis berjaya beliau selesaikan berdasarkan ijtihadnya.
seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang lain untuk menyelesaikannya.
KAEDAH NASIHAT
kaedah memberi ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada anak-anak muridnya, sama ada yang berkaitan dengan soal keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya.
Contohnya, nasihat yang telah beliau berikan kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu Yusuf Yaacob bin Ibrahim, al-Qadhi dan rakan-rakannya. Nasihat tersebut dianggap sebagai nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang cara berbudi bahasa terhadap raja-raja dan juga orang ramai. Beliau menunjukkan kepada anak-anak muridnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran.
IMAM MALIK
KAEDAH ULANGAN
Bertujuan mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya.
CERITA
Bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti.
SYARAHAN
Kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran dalam kelas umum..
NASIHAT
Banyak memberikan nasihat kepada orang ramai, sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan.
PERBINCANGAN
Digunakan Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah.