Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah dan Teknik Pengajaran Rasulullah s.a.w. dan Tokoh-Tokoh Ilmuan…
Kaedah dan Teknik Pengajaran Rasulullah s.a.w. dan Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam
Imam Malik
Syarahan
Kaedah yang paling banyak digunakan untuk menyampaikan ilmu
Perbincangan
Kaedah yang dilaksanakan apabila berlaku permasalahan yang berlaku dalam pemerintahannya. Cth, beliau pernah mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyyah, antaranya adalah al-Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
Cerita
Kaedah bercerita turut digunakan oleh Imam Malik dalam mendidik manusia. Sebagai contoh, Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al-Khattab dengan harapan supaya khalifah dapat mengikuti jejak langkah Umar
Ulangan
Pengajaran secara tikrar atau ulangan turut digunakan untuk mengukuhkan kefahaman murid-muridnya. Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan oleh beliau, kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran tersebut kepada orang ramai (Munawwar Khalil, 1985)
Pergaulan
Bergaul dengan para pemimpin agar mudah menyampaikan pengajaran dan ilmu dan dapat menyampaikan kepada murid-muridnya
Penyelesaian Masalah
Khusus digunakan dalam penyelesaian masalah hukum
Penulisan
Menggunakan penulisan dengan menghasilkan kitab yang mengandungi pengajaran dan penjelasan tentang masalah hukum dengan lebih tersusun dan mudah difahami
Imam Abu Hanifah
Nasihat
Beliau juga turut menggunakan kaedah memberikan ajaran dalambentuk nasihat secara tidak langsung kepad murid-muridnya samaada dalam soal berkaitan keagamaan, kekeluargaan, pergaulandan sebagainya.
Mujahadah
Beliau tidak membenarkan anak muridnya bertaklid sahaja sebaliknya mendidik mereka bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pendapat beliauyang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis Nabiyang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentukpengaruh
Penyelesaian Masalah
Beliau menggunakan ijtihad bagi menyelesaikanmasalah-masalah baru yang tidak ditemui hukum atau keputusanberdasarkan al-Quran dan hadis
Tamrin atau Latihan
Cara yang dilakukan melalui kaedah ini ialah guru menyediakanbeberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan oleh anakmuridnya.
Contoh Teladan Yang Baik
Kaedah ini merupakan satu kaedah secara tidak langsung yangdiguna pakai semasa beliau menyampaikan ajaran di mana beliaubanyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yangbaik yang dapat dilihat dan dicontohi oleh murid-muridnya.