Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AKTIVITI 2 - Coggle Diagram
AKTIVITI 2
Perbezaan sirah dan sejarah
definisi
SIRAH: Saraha bermaksud perjalanan hidup
SEJARAH: Syajarah ataupun syajaratun bermaksud pokok
bidang kajian
SIRAH: Kajian tertumpu kepada perjalanan dan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Kajian juga menekankan sifat peribadi dan akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta cara baginda menjalani kehidupan seharian yang boleh diteladani
SEJARAH: Kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku pada masa lampau. Lebih berfokuskan kepada perkembangan peradaban ataupun tamadun sesuatu zaman yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
sumber kajian
SIRAH: Al-Quran, as-Sunnah
SEJARAH: Primer, Sekunder, Lisan
sifat
SIRAH; Khusus mengenai kajian seseorang individu iaitu Rasulullah SAW
SEJARAH:Umum mengenai peristiwa-peristiwa penting masa lampau
kedudukan fakta
SIRAH: Tidak boleh berubah kerana terdapat peristiwa yang telah tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah
SEJARAH; Fakta boleh berubah dengan adanya sumber ataupun bukti yang lebih awal atau jelas dari sumber sebelumnya
Kepentingan dan faedah Ilmu Sirah
Bagi memahami dan mengetahui sahsiah Nabi dan Rasul. Hal ini adalah untuk mengambil teladan dan contoh Nabi Muhammad s.a.w serta mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya
Memahami al-Quran melalui peristiwa yang dialami oleh Nabi-nabi. Hal ini kerana kerana kebanyakan ayat-ayat Al-Quran diturunkan mempunyai “Asbabun Nuzul” yang tertentu yang berkait-rapat dengan Sirah Rasulullah saw
Ilmu Sirah ini merupakan satu ilmu yang sangat luas. Ia menjadi sumber bagi ilmu-ilmu akidah, hukum-hakam, akhlak, metodologi dakwah dan lain-lain
Umat Islam mempelajari sirah nabi Muhammad s.a.w kerana baginda merupakan semulia-mulia manusia di atas muka bumi ini. Maka, dengan mempelajari sirah baginda bermakna umat Islam sedang mempelajari sirah semulia-mulia manusia
Persamaan
Menceritakan tentang perkara yang lalu
Memberikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca.