Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkaitan Modal Pembelajaran Murid (SLM) dengan Piawaian Pelajar (ISTE),…
Perkaitan Modal Pembelajaran Murid (SLM) dengan Piawaian Pelajar (ISTE)
Modal Pembelajaran Murid (SLM)
Bagi merancang strategi PdP yang terbaik,guru perlu memaham keperluan untuk pelajar belajar dan menyediakan pembelajaran bermakna (deep learning tasks)
3 komponan utama Model Pembelajaran Murid yang digunakan :
3. Aspirasi
Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh jangkaan mereka terhadap diri sendiri dan persepsi orang lain terhadap mereka.
Jangkaan
Memahami jangkaan pelajar dapat meningkatkan motivasi dan mempengaruhi pencapaian akademik murid (Paechter et al., 2010)
Murid percaya akan kemampuan diri
Sedar akan jangkaan org lain terhadap kemampuan dirinya
Membina dan menilai kriteria kejayaan bersama rakan
Keperluan dan Minat
Minat dalam pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan pencapaian hasil pembelajaran (Lee, Chao & Chen, 2011)
Merancang tugasan yang dapat mendalami konsep, berasaskan penyelesaian masalah, relevan dan autentik
1. Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Murid bertanggung jawab terhadap pembelajaran dan memahami proses pembelajaran yang mereka lalui. Subkomponen yang perlu diberikan perhatian dalam belajar cara belajar ialah :
(b) Maklumbalas
Menurut Hattie dan Timperley (2007), maklumbalas sangat mempengaruhi proses pembelajaran dan pencapaian murid.
Guru memberi maklumbalas yang memacu pelajar ke arah pembelajaran baharu dan membangunkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Murid membuat refleksi terhadap maklumbalas yang diterima
(a) Metakognitif
Menurut Metcalfe dan Shimamura (1994), strategi metakognitif berupaya membantu murid melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Dalam melaksanakan dalam sesuatu tugasan atau pembelajaran murid perlu sedar apa yang telah mereka ketahui dan apa yang tidak diketahui.
Murid boleh membina matlamat pembelajaran sendiri.
Murid seharusnya dapat mengawal pemikiran bagi merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.
Mereka berkemampuan memantau pembelajaran kendiri dan menilai secara kritis.
(c) Agensi
Murid gemar diberikan autonomi dalam pembelajaran kerana mereka dapat berdikari, meneroka idea sendiri, belajar daripada kesilapan dan berfikiran kritikal bagi memilih cara dan alat yang sesuai dengan pembelajaran (Wall, 2012)
Autonomi murid terhadap pembelajaran
Murid berperanan membina tugasan dan penilaian pembelajaran
Murid membuat keputusan
2. Perhubungan
Asas sosial yang penting bagi semua manusia yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna dalam hubungan dengan orang lain.
Merangkai
Kolaboratif, rangkaian dan fokus kepada minat dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran, mengekalkan usaha serta menggalakkan initiatif sendiri dalam kalangan murid (Gentry & Ferriss, 1999).
Murid membina kemahiran membentuk hubungan interpersonal dan intrapersonal.
Bekerja dengan jayanya secara individu dan berkumpulan.
Mengurus hubungan kolaboratif secara berkesan
Piawaian Pelajar (ISTE)
Pemikiran Kritikal ,Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan
(Critical Thinking,Problem Solving, and Decision Making)
Mengenal pasti dan menentukan masalah yang sahih dan soalan penting untuk siasatan.
Merancang dan menguruskan aktiviti untuk penyelesaian atau menyiapkan projek.
Mengumpul dan menganalisis data untuk mengenal pasti kaedah penyelesaian atau membuat keputusan.
Menggunakan pelbagai proses dan perspektif untuk mencari dan meneroka penyelesaian alternatif.
Komunikasi dan Kerjasama (Communication and Collaboration)
Berinteraksi, bekerjasama, dan menghasilkan penerbitan dengan rakan sebaya yang menggunakan pelbagai media dan persekitaran digital.
Menyampaikan maklumat dan idea denagn berkesan kepada pelbagai khayalak menggunakan pelbagai media pendidikan dan format
Menyumbang kepada kerjaprojek berpasukan untuk menghasikan karya asli atau menyelesaikan masalah projek.
Memupuk pemahaman budaya dan kesedaran global dengan melibatkan diri dengan pelajar dari pelbagai budaya.
Kreativiti
Mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menjana idea baru,produk atau proses.
Mengenalpasti tren dan membuat ramalan
Kewarganegaraan (Citizenship)
Menunjukkan kepimpinan terhadap kewarganegaraan digital.
Mempamerkan sikap positif ke arah menggunakan teknologi yang menyokong koloborasi, pembelajaran dan produktiviti.
JANANY MANNATHAN PT 1