Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, Disediakan oleh : Muhammad Asyraf Saha bin…
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PENGERTIAN DAN KONSEP BUDAYA
BUDAYA
Dari sudut bahasa :
Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Dari sudut istilah :
Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai, kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Merupakan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.
Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.
Definisi :
Dari segi bahasa budaya berasal dari bahasa Sanskrit buddhayah (kata dasarnya budhi yg bermaksud budi atau akal).
Budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture yang berasal dari bahasa Latin, colere yang bermaksud mengolah / mengerjakan.
Menurut Koentjaraningrat (2002) budaya mengandungi
7 unsur utama:
1) Agama dan upacara keagamaan
2) Sistem dan organisasi kemasyarakatan
3) Sistem pengetahuan
4) Bahasa
5) Kesenian
6). Sistem ekonomi
7). Sistem teknologi dan peralatan.
KEBUDAYAAN
Kebudayaan pula merupakan sesuatu yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Dari segi antropologi kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks di mana didalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan lain yang didapati sebagai seorang anggota masyarakat.
PANDANGAN TOKOH
- Nik Safiah Hj. Abd. Karim -
Budaya adalah tenaga fikiran,usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa yang membolehkan perlaksanaan sesuatu kerja.
- Mohd Taib Osman (1988) -
Budaya merupakan satu himpunan intelektual dan material yang lengkap yang mampu memenuhi keperluan bilologi dan sosial serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
- Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi -
Budaya juga dianggap alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.
- E.B. Taylor -
Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.
ETNIK DAN BANGSA DI MALAYSIA
KAUM
Kaum atau ras merujuk pada satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal.
Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.
Merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan perbezaan fizikal.
ETNIK
Etnik berasal daripada perkataan Greek, ethnos yang bermaksud manusia atau negara.
Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang mengidentifikasikan antara satu sama lain dengan berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama
Etnik tidak mempunyai organisasi yang formal dan saiznya adalah terhad secara relatif. Ahli-ahli dihubungkan bersama oleh perhubungan utama dan sekunder.
Kelompok ini wujud disebabkan oleh perbezaan budaya. termasuk cara berfikir, cara bertindak yang meliputi sistem politik, kepercayaan, agama, bahasa, adat resam dan lain-lain.
SUKU
Kelompok etnik atau suku bangsa adalah suatu golongan manusia yang anggota-anggotanya mengidentifikasikan dirinya dengan sesamanya, biasanya berdasarkan garis keturunan yang dianggap sama.
Identiti suku dilihat daripada pengakuan dari orang lain akan ciri khas kelompok tersebut seperti kesamaan budaya, bahasa, agama, perilaku, dan ciri-ciri biologis.
Disediakan oleh : Muhammad Asyraf Saha bin Zainuddin