Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 4-6 TAHUN - Coggle Diagram
PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 4-6 TAHUN
4-5 TAHUN
Menguasai lebih kurang 1500 patah perkataan.
Mengenalpasti warna dan bentuk seperti segi tiga, bulatan atau segi empat.
Banyak bercakap, bertanya dan suka bermain ayat.
Dapat menjawab soalan dengan baik apabila ditanya.
Mula belajar membaca.
Memahami istilah waktu seperti pagi, tengah hari dan selepas ini.
Memberi perhatian kepada cerita atau perbualan dan dapat menjawab soalan mudah tentangnya.
Boleh membina ayat dengan 4-8 perkataan.
Boleh bercerita mengenai kisah seharian mereka dan memberitahu perasaan yang dirasai.
Membina ayat dengan tatabahasa yang betul.
Menerangkan objek serta susunannya
Mampu menjawab soalan berkaitan deria.
Sebutan bertambah baik
5-6 TAHUN
Menguasai lebih kurang 2000 patah perkataan.
Tahu perkataan antonim yang mudah seperti kecil dan esar.
Menggunakan penjelasan yang kompleks.
Berbual dengan ayat lebih panjang.
Bercakap ayat dengan perkataan antara 5-6 patah.
Faham 'kiri' dan 'kanan'
Memahami konsep masa.
Memahami cerita lisan, lawak ataupun perkara yang dibaca dalam buku.
Melibatkan diri dalam perbualan dalam kumpulan yang besar seperti dalam kumpulan rakan sebaya.
Dapat memulakan sapaan seperti "apa khabar","selamat pagi".
Dapat menanya kembali apabila disoal.
Memahami konsep tempat seperti atas, belakang, sana dan sini.
Tahu alamat rumah sendiri.
Menyebut huruf (a-z) dan nombor (1-20).
Dapat mengubahsuia seni kata lagu ataupun pantun mudah.