Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prinsip Pembelajaran - Coggle Diagram
Prinsip Pembelajaran
Penglibatan aktif
Murid-murid melibatkan diri dengan aktif sewaktu proses PdP dijalankan. Mereka melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan memberi respon yang baik kepada guru.
contoh: Di dalam kelas, proses PdP dijalankan dengan rancak oleh kerana penglibatan yang aktif oleh murid-murid. Interaksi ini juga dibantu oleh guru mereka dengan bertanyakan soalan serta merangka aktiviti yang meransang minda murid.
-
Pengalaman langsung
Murid mendapatkan pengalaman secara lansung melalui aktiviti yang dijalankan dengan melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Proses ini dapat memberi pelajar mempelajari sesuatu yang baharu termasuklah dari segi kemahiran dan sikap seperti membantu ingatan murid
contoh: Pelajar diberikan peluang oleh guru untuk mengaplikasikan bahan pembelajaran melalui aktiviti lakonan yang dirancang oleh guru. Jadi murid memperolehi pengalaman sekaligus menambah pengetahuan mereka.
-
Perhatian dan Motivasi
Untuk membuat murid kekal fokus, guru sewajarnya memberi perhatian kepada setiap murid dan mencari cara agar murid dapat kekal fokus terhadap isi pembelajaran.
Sebagai contoh, guru melaksanakan pelbagai aktiviti menarik secara berkala. Selain itu, guru menggalakkan aktiviti memberi kata-kata semangat dalam setiap kumpulan dan menepuk tangan untuk saling memuji kumpulan yang menang.
Pengulangan
pengulangan sangat penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran sebagaiman yang diperjelaskan teori psikologi daya. pengulangan pengalaman dapat meningkatkan tindak balas daya atau kefahaman dalam sesebuah proses pembelajaran.
-
Perbezaan Individu
Setiap Individu adalah berbeza dan perbezaan ini turut mempengaruhi kaedah pembelajaran masing masing. oleh itu, setiap murid harus dibantu untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing. penggunaan pelbagai kaedah dan cara dalam sebuah proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu perbezaan kaedah pembelajaran individu tersebut.
Sebagai contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan adalah aktiviti membina peta buih, melihat tayangan dan juga aktiviti berlakon.
Perkaitan dan corak
Guru melaksanakan sesi PdP dengan menjalankan beberapa aktiviti yang sesuai dan berkaitan secara tersusun bertujuan bagi mencapai tujuan pembelajaran yang disasarkan.
-
Pembelajaran Informal
Pembelajaran bukan sahaja melibatkan buku teks yang mana menekankan pemahaman teori, sebaliknya pembelajaran perlu melibatkan aktiviti hands-on yang memerlukan penggunaan kemahiran pelajar.
Refleksi
Pelajar berjaya melengkapkan latihan selepas pembelajaran dengan tepat berdasarkan pengajaran yang diajarkan guru.