Teori konstruktivisme (Lev Vygotsky)

Lev Vygotsky (1896) berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan penggunaan bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan dalam konteks sosial.

Pengasas : Lev Vygotsky, ahli psikologi Belarus, Rusia

PRINSIP

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka

CIRI-CIRI

Proses perkembangan mental seperti ingatan, pemerhatian dan penaakulan melibatkan pembelajaran menggunakan hasil penemuan masyarakat seperti bahasa, sistem pengiraan dan alat-alat pengukuhan ingatan.

Menekankan pembelajaran berpusatkan murid

Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru

Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran

Bagaimana seni dalam pendidikan dapat dikaitkan dengan Teori Konstruktivisme?


🏁 hubung kait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
🏁 menyusun atur maklumat dan pengetahuan
🏁 mengekspresi ilmu baharu dalam bentuk baru
🏁 memberikan gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
🏁mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
🏁Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh bimbingan daripada orang pakar. Pengetahuan mereka bertambah dengan luas melalui interaksi

Menggalakkan proses inkuiri murid melaui kajian dan eksperimen

Pembelajaran melalui interaksi dengan orang lain

Menyokong pembelajaran secara koperatif

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan melalui penglihatan murid dalam dunia sebenar

Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses terima dan buang

Perkembangan manusia dipengaruhi oleh kegiatan sosial dan budaya

Murid membina pengetahuan yang bermakna

Pembelajaran baharu bergantung kepada pemahaman atau pengetahuan sedia ada

Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran

Guru dan rakan murid sebagai fasilitator

Persekitaran membantu pembelajaran

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya