Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ilmu Sirah, Ilmu Sirah - Coggle Diagram
Ilmu Sirah
-
-
Dengan mempelajari sirah ini seseorang Muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak.
Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum
Mengkaji peribadi Nabi Muhammad SAW dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-hukumnya.
Manusia boleh mendapatkan sesuatu dalam mempelajari ilmu sirah ini, seperti sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah SAW dan sikapnya.
Ilmu Sirah
Kepentingan
Memahami keperibadian Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya.
Menjadikan Nabi sebagai suri tauladan ataupun role model yang paling utama dalam setiap aspek kehidupan.
Penghayatan Sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci (Al-Quran) dan dapat merasai kemanisan dan kehendak al-Quran. Ini kerana terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan kejadian dan peristiwa yang telah dialami oleh Rasulullah dan bagaimana Rasulullah menghadapinya.
Supaya manusia seluruhnya dapat menjadikan Nabi sebagai suri tauladan ataupun role model yang paling utama dalam setiap aspek kehidupan. Menjadikan kehidupan rasul sebagai ikutan tanpa ragu dan syak.
Faedah
-
Mengajar hukum akidah, fiqh dan akhlak bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan umat Islam di samping mengukuhkan kedudukan Islam dalam diri umatnya
Dapat memahami ayat-ayat Al-Quran dengan makna yang sebenar dan tepat kerana kebanyakan ayat-ayat Al-Quran diturunkan mempunyai “Asbabun Nuzul” yang tertentu yang berkait-rapat dengan Sirah Rasulullah saw.
Untuk mengambil tauladan dan contoh Nabi Muhammad s.a.w iaitu dengan mengetahui sirah dan petunjukknya serta mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.