Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMAHAMAN MENGENAI MODEL E. PAUL - Coggle Diagram
PEMAHAMAN MENGENAI MODEL E. PAUL
Dikenali sebagai Bapa Kreativiti berdasarkan dedikasinya terhadap kerjayanya untuk meningkatkan pembangunan personaliti kreatif dalam pendidikan
Beliau juga berpendapat bahawa menjana idea adalah lebih baik dan cepat daripada idea orang lain selain merupakan suatu kebijaksanaan yang tidak dapat digambarkan dan sangat bermakna di dalam dunia ini.
Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu.
Beliau telah membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti serta mencipta dan memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu
Kreativiti kanak-kanak dapat dijana menerusi latihan dan aktiviti yang menjurus kepada amalan berfikir secara kreatif.
Tujuh perkara yang diperkenalkan oleh E. Paul
(b) PENEMUAAN Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
(e) PERCUBAAN
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
(a) PENYOALAN
Penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan.
Tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan.
Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
(f) PENEROKAAN
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
(c) PEMERHATIAN
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
(g) MEMANIPULASI
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
(h) AKTIVITI/ BERMAIN
Aktiviti bermain membantu meransang kreativiti individu.
Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik.
Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.
Mempunyai 3 peringkat
Peningkatan jangkaan (heighten anticipation)
bertujuan untuk pemanasan dan mendapat perhatian pelajar agar lebih bersedia dan tenang
merangsang perasaan sifat ingin tahu pengeluaran idea yang baru dalam kalangan pelajar
merangsang pelajar untuk memberikan pandangan yang berbeza dan bertanyakan soalan yang provokatif.
wujud 6 elemen iaitu
mewujudkan keinginan untuk mengetahui (Create the Desire to
Know)
meningkatkan jangkaan (Heighten Anticipation and Expectation)
dapatkan perhatian (Get Attention)
membangkitkan rasa ingin tahu (Arouse Curiosity)
merangsang imaginasi (Tickle the Imagination)
beri tujuan dan motivasi (Give Purpose and Motivation)
Melibatkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk pemanasan dan mendapatkan perhatian pelajar agar pelajar bersedia, tenang, bermotivasi dan keadaan minda yang divergen.
Pendalaman ekspektasi (deepen expectations)
Melibatkan penemuan dan penerokaan topik yang lebih mendalam. seterusnya pemasalahan dalm topik dapat dikenal pasti dan diselesaikan
mempunyai 8 elemen iaitu
digging deeper
iaitu kesusahan pelajar dalam menganalisis semua maklumat
looking twice
iaitu membuat penilaian semua maklumat.
listening for smells
iaitu pelajar perlu menggunakan semua deria.
crossing out mistakes
iaitu pelajar perlu membuat pemeriksaan dan membetulkan
maklumat untuk membuat penyelesaian yang terbaik
cutting holes to see through
iaitu pelajar akan membuat rumusan dan menyingkirkan
perkara yang tidak diperlukan
cutting corner
iaitu membuang maklumat tidak penting dan menjana idea baru
getting into deep water
iaitu pelajar yang mempunyai persoalan terhadap masalah akan
dicarikan jawapan
getting out of locked doors
iaitu pelajar cuba menyelesaikan masalah dan merungkai segala
pemasalahan yang timbul
Pelanjutan pembelajaran (extend the learning)
memfokuskan kepada aktiviti kreatif terhadap penglibatan pelajar yang berterusan dan memastikan pelajar untuk terus dengan penglibatan dan motivasi yang diberikan
Dalam peringkat ini Torrance mengkategorikan pelajar dalam beberapa prosesan maklumat iaitu
Having a Ball
(berseronok, berjenaka, bergurau senda)
Singing in One's Own Key
(membuat perhubungan terhadap maklumat itu dan menggunakan skema otak seseorang untuk dikaitkan dengan kandungan)
Building Sandcastles
(menggunakan imaginasi dan fantasi; mencari yang
sempurna)
Plugging In the Sun
(mengenal pasti dan menggunakan semua sumber
yang ada; bekerja keras).
Shake Hands With Tomorrow
(mengaitkan maklumat dengan visi masa
depan)
Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (Torrance Tests of Creative Thinking [TTCT]
Ujian ini menyediakan dua bentuk pengujian ke atas kreativiti manusia iaitu TTCT - figural dan TTCT - verbal. Kaedah ini dapat membantu dalam mengenal pasti tahap perkembangan kreativiti dalam diri manusia.
Ciri-ciri pemikiran kreatif
Keaslian (Originality)
- Penghasilan idea yang baharu, berbeza, unik dan hanya sebilangan kecil individu yang mengemukakannya
Kelancaran (Fluency)
- Penghasilan idea yang banyak atau alternatif penyelesaian. Banyak idea yang berkaitan yang mungkin benar atau tidak benar tetapi logik. Idea yang bermakna melibatkan imaginasi
Penghuraian (Elaboration)
- Merujuk kepada proses memantapkan idea dengan memberi butiran perincian. Idea dihuraikan kepada butiran atau bahagian yang kecil dan khusus. Idea tersusun dan mudah difaham
Pertahanan kepada penamatan awal (Resistance to premature closure)
- Keupayaan menangguhkan kecenderungan untuk membuat kesimpulan tergesa-gesa tanpa memikir atau menimbang maklumat yang lain.Individu yang tidak kreatif cenderung membuat keputusan akhir terlalu awal tanpa mempertimbangkan maklumat yang ada. Keupayaan untuk mengendalikan situasi terbuka (open-ended) dan ketidakpastian/keraguan
Keabstrakan tajuk (abstractness of title)
- keupayaan menghasilkan tajuk yang baik yang melibatkan proses pemikiran mensintesis, menyusun idea, dan mengambil intipati maklumat.
NAMA AHLI KUMPULAN : MUZAFFAR, AMANDA, HANNA, GLORIA