Jelaskan pengertian masyarakat industri dan faktor perkembangan Revolusi Perindustrian di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19 Masihi.

:

Kegiatan ekonomi

Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil. Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup. Sebelum revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar-besaran.

Barangan yang berlebihan telah diperdagangkan atau dieksport. Selain itu, dalam Revolusi Perindustrian turut merangkumi beberapa aspek iaitu perubahan dalam teknik atau kaedah pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan memperdagangkan barang kilang yang dihasilkan.

Mobiliti sosial

click to edit

Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi . Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.

Peladang-peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Mereka rela mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan.

Pengkhususan kerja

Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian drpd kerja utk menghasilkan sesuatu barangan. (pengkhususan kerja). Pembelian mesin memelrukan pelaburan modal yang tinggi. Pemodal-pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak bidang kerana ingin mengawal kos pengeluran. Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedah kerana para majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih. Mereka dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut.

Masyarakat literasi

Apabila prestasi dibaiki, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Sekiranya kuantiti barangan industri ditingkatkan, barangan tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara. Biasanya mereka hanya mengkhusus dalam satu bidang sahaja. Contohnya, bidang tekstil.

Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan. MI terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka. Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.

Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.

Penggunaan sains dalam proses pengeluaran

Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya digunakan secara meluas dalam perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini, pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Kesannya, kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat ditingkatkan.

Peningkatan penghasilan arang batu membantu proses Revolusi Perindustrian. Arang batu menjadi sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap. Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan. Pada tahun 1736-1819 James Watt berjaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya, enjin itu dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.. Menjelang akhir tahun 1780an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

FAKTOR PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

  1. Penyatuan Jerman Penyatuan Jerman pada tahun 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan, kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.
  1. Kemajuan Pertanian Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi pertanian seperti Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebab­kan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui penubuhan sekolah pertanian dan universiti. Institusi ini telah menjalankan kajian dalam bidang pertanian dan menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian. Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat Iebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.
  1. Kemajuan Dalam Bidang Penyelidikan Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman bagi membolehkan ahli-ahli kimia dan fizik menjalankan kajian dan penyelidikan. Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.
  1. Penubuhan Koperasi Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian. Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar seperti Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman. Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Penutup

Terdapat tiga ciri utama revolusi perindustrian yang tercetus di Jerman iaitu kemajuan teknologi, pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan kewangan.

Revolusi perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Faktor perkembangan revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.