Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Prinsip Prinsip Pembelajaran - Coggle Diagram
Prinsip Prinsip Pembelajaran
perkaitan & corak
Sebelum memasuki topik baharu, guru mengaitkan pembelajaran dengan topik yang sebelumnya bagi mengukuhkan kefahaman
pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.
pengalaman langsung
pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan
dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji
Contoh: guru menjalankan eksperimen supaya dapat membuktikan teori-teori yang dipelajari
mempelajari menggunakan alatan muzik secara praktikal
pembelajaran informal
Pembelajaran yang tidak terikat pada bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa
Contoh: lawatan sambil belajar, menyertai pertandingan
penglibatan aktif
Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran akan lebih cemerlang dalam pembelajaran
contoh: Melakukan aktiviti berkumpulan, di mana setiap murid perlu melibatkan diri dalam pembelajaran di dalam kelas
Pelajar membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
maklumbalas berterusan
Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada penilaian yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan yang sama lagi
contoh: guru perlu menyemak setiap hasil kerja murid
refleksi
proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita
Contoh: menulis 'exit card' selepas kelas untuk menilai tahap kefahaman murid dan hasil pembelajaran
sesuatu yang menyeronokkan
merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
Contoh: melakukan kerja berkumpulan, menerapkan elemen permainan dalam pembelajaran
situasi mendesak
pembelajaran optimum berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu
Contoh: guru memberi peluang kepada pelajar untuk mengurus pertandingan peringkat sekolah, jadi pelajar dapat belajar cara menyelesaikan masalah dalam mengurus program dengan pengalaman