Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
PENGLIBATAN AKTIF
✔ Menurut Bruner (1961), menyatakan bahawa murid yang melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat.
✔ Sebagai contoh: Semasa di dalam kelas, saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perbincangan secara berkumpulan.
PERKAITAN DAN CORAK
✨ Murid dapat mengadaptasi konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengaitkan, mengorganisasikan dan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur baharu.
✨ Sebagai contoh, guru memberikan saya beberapa latihan dan saya mula melihat dan membanding beza soalan tersebut dan mengaitkannya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya sebelum ini untuk menyelesaikan soalan berkenaan.
PENGALAMAN LANGSUNG
💎 Pengalaman langsung dapat membantu murid memperoleh pengalaman dan mencipta sesuatu idea jika murid menghadapi kekeliruan dalam topik tertentu.
💎 Sebagai contoh, saya memperoleh pengalaman secara langsung melalui perlaksanaan eksperimen semasa mata pelajaran Sains. Saya dapat merasai pengalaman itu secara langsung.
PEMBELAJARAN INFORMAL
🔔 Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa sahaja.
🔔 Contohnya, saya memperolehi pembelajaran secara informal melalui lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah serta melalui program-program yang dianjurkan dimana saya dapat mewujudkan interaksi dengan rakan-rakan dan berkongsi ilmu pengetahuan mahu pun pendapat.
MAKLUM BALAS BERTERUSAN
💌 Maklum balas diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan respons mereka.
💌 Contohnya, guru memberikan saya ulasan setelah saya menjawab soalan yang dikemukakan dan memberi ganjaran sekiranya jawapan yang diberikan adalah tepat.
SITUASI MENDESAK
💫 Situasi yang kompleks dan mendesak dapat memotivasikan murid untuk mencari penyelesaian.
💫 Contohnya, guru memberikan tanggungjawab kepada saya untuk memimpin kumpulan ketika di dalam kelas.
SESUATU YANG MENYERONOKKAN
🎁 Suasana persekitaran yang menyenangkan
🎁 Sebagai contoh, guru saya mewujudkan suasana kelas yang ceria kerana intonasinya yang penuh semangat dan gaya pengajaran yang menarik.
REFLEKSI
Proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman
Contohnya, selepas kelas guru menyuruh murid-muridnya untuk melakukan refleksi terhadap apa yang dipelajari.