Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
:smiley:PERKAITAN DAN CORAK/KONSTRUKTIVISME
Sebagai contoh, guru memberikan soalan selepas selesai sesi mengajar dan saya akan mengadaptasi konteks pembelajaran tersebut dengan mengaitkan pengetahuan serta kemahiran yang pernah saya pelajari dan menjawab soalan yang diberikan.
:explode:PENGALAMAN LANGSUNG
Pengalaman langsung dapat membantu murid memperoleh pemahaman dan mencipta, mengubah dan memurnikan sesuatu idea.
Pengalaman langsung turut memberikan fokus kepada pembelajaran individu-fokus terhadap proses aktif antara guru dengan murid.
Contonya, saya mengikuti lawatan sambil belajar ke petrosains membolehkan saya melaksanakan pemerhatian terhadap peralatan-peralatan sains. Ianya juga membolehkan saya melihat dan menyentuh peralatan sains dengan lebih baik berbanding dengan melihatnya sahaja di dalam buku.
:pen:PEMBELAJARAN INFORMAL
Guru membawa saya dan rakan-rakan belajar di luar bilik darjah. Contohnya, guru membawa saya dan rakan-rakan ke padang dan kebun sayur untuk mempelajari topik berkaitan tumbuh-tumbuhan.
Mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains.
:pencil2:PENGLIBATAN AKTIF
Saya melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam sesi pengajaran guru seperti menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru di dalam kelas.
Saya juga bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik yang diajar.
:check:SITUASI MENDESAK
Situasi yang mendesak dan kompleks dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian
Contohnya, semasa di sekolah saya dilantik sebagai ketua kumpulan semasa melaksanakan aktivti di dalam kelas. Oleh itu, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua ahli kumpulan.
:checkered_flag:MAKLUM BALAS BERTERUSAN
Maklumat diberikan kepada individu tentang kesesuaian sesuatu tindakan serta respon mereka. Maklum balas berterusan merupakan aspek penting dalam meningkatkan prestasi pelajar.
Contohnya, semasa di dalam kelas guru memberikan komen terhadap tugasan yang dihantar oleh pelajar.
:silhouettes:SUASANA YANG MENYERONOKKAN
Persekitaran tempat belajar turut mempengaruhi keberkesanan pembelajaran. Suasana tempat belajar juga dipengaruhi oleh guru-guru
Contohnya, semasa di dalam kelas guru akan mengadakan aktiviti yang menarik contohnya aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Hal ini membolehkan saya lebih mudah untuk memahami topik pembelajaran pada hari tersebut.
:explode:REFLEKSI
Merupakan proses memikir kembali pengalaman serta implikasinya terhadap diri.
Contohnya, selepas tamat sesi pembelajaran guru saya akan meminta kami memberikan refleksi terhadap sesi pembelajaran pada hari tersebut.