KESELAMATAN BENGKEL ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Keselamatan Alatan dan Bahan
Keselamatan Bengkel
Keselamatan Diri
Keselamatan Penggunaan Elektrik
- Alatan tangan yang sesuai dengan kerja
Periksa sebarang kerosakan yang terdapat pada kabel elektrik sebelum menggunakan peralatan tersebut.
- Pengguna mestilah mematuhi peraturan bengkel
- Pengguna mestilah tidak melakukan kecuaian dan berkelakuan sopan ketika melakukan sebarang aktiviti di bengkel
- Pengguna juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan
Keselamatan bengkel merupakan etika penting yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar.
Jangan menyentuh wayar elektrik atau alat elektrik dengan tangan yang basah.
Jangan menyambungkan terlalu banyak palam elektrik pada satu punca kuasa yang sama.
Kawasan tempat kerja seharusnya bersih dan kemas
KESAN KEELEKTROMAGNETAN KEPADA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN MANUSIA
Kesan Buruk Keelektromagnetan
- Berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit seperti leukimia kerana terdedah pada gelombang radio yang besar
Kebaikan Keelektromagnetan
- Blender - mampu menjimatkan masa suri rumah dalam melakukan kerja-kerja seperti memotong bawang dan sebagainya
- Pendedahan gelombang mikro yang dibebaskan oleh telefon bimbit mengakibatkan kesan kepada mata seperti pertumbuhan 'catarcts' yang menyebabkan kekaburan kepada mata
- Magnet yang terdapat pada jarum kompas digunakan untuk menunjukkan arah kutub
- Kereta api menggunakan daya elektromagnet untuk bergerak dengan lancar di atas landasan mampu memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain
Elektromagnet adalah sejenis magnet di mana medan magnetnya terhasil daripada pengaliran arus elektrik melaluinya dan hilang apabila arus tersebut dimatikan. Ia biasanya terdiri daripada wayar berpenebat yang dililit rapat menjadi sebuah gegelung. Arus yang mengalir melalui wayar ini menghasilkan medan magnet yang tertumpu pada lubang di tengah-tengah gegelung. Wayar sering dililit sekitar teras magnet yang diperbuat daripada bahan feromagnet atau ferimagnet seperti besi; teras magnetnya menumpukan fluks magnet lalu memperkuatkan magnet secara keseluruhannya.
Telefon bimbit atau peralatan elektronik lain dapat menyebabkan gangguan terhadap sistem komputer penerbangan dan dapat menyebabkan kegagalan sistem.
Bengkel juga semestinya mempunyai pengudaraan yang baik
Lantai bengkel perlulah bersih dan tidak licin
Pastikan tiada wayar atau sambungan terputus yang boleh menyebabkan renjatan
- Pastikan alat tangan disimpan dengan kemas, tersusun dan sentiasa berada dalam keadaan baik
- Alat tangan perlu dibersih dan disenggara setelah digunakan
- Menggunakan teknik yang betul menjamin keselamatan alatan tangan