Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP BUDAYA DAN KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP BUDAYA - Coggle Diagram
KONSEP BUDAYA DAN KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP BUDAYA
KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagi kaum dan etnik.
Kaum atau ras merujuk satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya,
Etnik berasal daripada perkataan Greek, ‘ethnos’ yang bermaksud manusia atau negara.
Merujuk kepada kelompok manusia yang mengidentifikasikan antara satu sama lain dengan berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama.
:tada: Bangsa dan kelompok di Malaysia
Melayu
Cina
India
Orang Asli
Bumiputera
:tada: Etnik Melayu di Malaysia
Jawa
Bugis
Banjar
PENGERTIAN DAN KONSEP BUDAYA
Konsep budaya mengikut pandangan tokoh:
:pencil2: Herskovits (1948)
Sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain dan kemudiannya disebut sebagai superorganic.
Koentjaraningrat (2002)
Keseluruhan pemikiran hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran.
:pencil2: Ringkasnya, budaya adalah satu cara hidup orang ramai yang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan dan pandangan.
Maksud budaya:
:pencil2: Berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia
:pencil2: Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.
:pencil2: Menurut Kamus Dewan (2007):
Budaya: tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Kebudayaan: keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak berkelakuan dan fikir.
Ciri-ciri budaya:
:star: Budaya perlu dipelajari
:star: Dikongsi
:star: Bersifat sejagat
:star:Boleh diwarisi
:star: Berubah-ubah
:star: Mempunyai unsur simbolik
:star: Adanya pandangan semesta
Komponen budaya:
:explode: Material:
Merujuk kepada ciptaan masyarakat yang nyata dan konkrit.
Contoh: rumah, barang-barang, pakaian dan sebagainya.
:explode: Bukan material:
Merupakan ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.
Contoh: ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai serta peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku.
5 unsur utama budaya:
:pen: Simbol atau lambang:
Merupakan apa sahaja yang mempunyai makna kepada masyarakat yang berkongsi budaya.
Kebanyakan simbol ialah objek fizikal seperti keris yang merupakan simbol keberanian atau kepahlawanan.
:pen: Bahasa:
Alat komunikasi untuk berhubung secara lisan atau bukan lisan.
Memainkan peranan utama dalam perhubungan antara ahli masyarakat.
:pen: Nilai dan kepercayaan
Standard yang digunakan untuk menilai kebaikan, kecantikan dan kainginan yang menjadi garis panduan umum.
Nilai: prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan.
Kepercayaan: rumusan dan tafsiran tentang masa lalu, masa kini atau ramalan masa depan
:pen: Norma
Peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaanya yang dijanka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
Membimbing perlakuan seseorang ahli masyarakat.
Norma proskripsif ialah menggariskan apa yang tidak boleh dilakukan manakala n
Norma preskripsif menjelaskan perkara perlu dilakukan.
:pen: Teknologi, resam dan mores
Teknologi merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu kelompok sosial.
Resam merupakan adat kebiasaan atau peraturan yang menjadi adat seperti upacara peminangan dalam masyarakat Melayu.
Mores ialah norma yang lebih kuat dan tidak ada toleransi jika tidak dipatuhi.
DEMOGRAFI KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Definisi demografi: penulisan tentang penduduk di sesebuah lokasi
Demografi kelompok meliputi soal fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan serta migrasi dan perubahan komponen mengikut peredaran masa serta pengaruhnya ke atas saiz dan taburan kependudukan manusia.
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kaum Melayu merupakan etnik terbesar dan penduduk asal di alam Melayu. Menurut sumber dari tahun 2009, 54% populasi penduduk adalah kaum melayu.
Kehadiran orang cina di Tanah Melayu bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka dan 25% penduduk Malaysia adalah berbangsa Cina manakala kaum India pula adalah sebanyak 7.5%.
KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP BUDAYA KEPADA GURU
:checkered_flag: Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan murid
:checkered_flag: Murid lebih mengenali budaya di Malaysia
:checkered_flag: Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri murid
:checkered_flag: Dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid
:checkered_flag: Memupuk semangat perpaduan serta untuk profesionalisme guru sendiri