Supaya lebih memahami Kitab Allah dan mengecapi roh Al-Quran.
Untuk dijadikan medium untuk mengumpulkan seberapa banyak sumber maklumat dan pengajaran islam. Sama ada masalah yang berhubung dengan akidah, hukum-hakam atau yang berhubung kait dengan akhlak.
Memahami faktor, kesan dan ibrah setiap peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW.
Mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal islam, menghargai dan mencontohi perjuangan mereka.
Memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang keunggulan peribadi Rasulullah SAW.
Mempelajari gerak-geri, tingkah laku dan keperibadian Rasulullah SAW.
Supaya mendapat gambaran (tasawwur) yang jelas tentag hakikat islam yang wujud dalam hidup Nabi Muhammad sehingga kita dapat mencontohi baginda.
Mendalami ilmu tentang sirah dengan tujuan mendapatkan tafsirah yang sebenar untuk mengetahui hakikat mengenai islam.