Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kesan-kesan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900 -…
Bincangkan kesan-kesan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900
-
PENDAHULUAN
Menjelang tahun 1899,tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China.Malah anggota Gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku dalam bidang politik,ekonomi, dan sosial di China.
1.KEMEROSOTAN KERAJAAN MANCHU
Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Manchu.
Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi bagi menunbangkan kerajaan Manchu dan menunbuhkan kerajaan republik di China.
2.MARUAH KERAJAAN MANCHU TERJEJAS
Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat menjejaskan maruah dan kedaulatan China. Kerajaan Manchu terpaksa tunduk dengan pelbagai tekanan dan desakan yang diberikan oleh kuasa-kuasa Barat.
Antara syarat protocol Boxer yang menjejaskan maruah kerajaan China adalah: Kerajaan China terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat yang stategik, Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun dan Kerajaan China menaikkan taraf hubungan dengan kuasa-kuasa Barat ke taraf kedaulatan.
Protokal Boxer yang ditandatangani antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan kuasa-kuasa Barat.
3.MASALAH KEWANGAN KERAJAAN MANCHU
Kerajaan China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat.
Tindakan kuasa-kuasa Barat yang mengenkan ganti rugi sebanyak 450 juta tael menambahkan beban kerajaan China. Tambahan pula kerajaan China dipaksa membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus.
Kesulitan yang dihadapi oleh China untuk membayar ganti rugi menyebabkan Rusia menduduki Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.
4.PERANG RUSIA-JEPUN MELETUS
Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi perang antara Rusia dengan Jepun yang tercetus pada tahun 1904.
Semasa Pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh di Manchuria.
Perkembangan ini membimbangkan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan kepentingan mereka.
Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia cuba meluaskan pengaruh di semenanjung Korea.
5.MUNCUL GERAKAN PEMBAHARUAN
Pemberontakan Boxer telah memberikan kesedaran kepada kerajaan Manchu tentang kepentingan memperkenalkan Gerakan Pembaharuan.
Golongan cerdik pandai mendesak kerajaan Manchu melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh seperti yang dianjurkan oleh Kang Yu-Wei
Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu memulakan Gerakan Pembaharuan sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.
PENUTUP
Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan republik di China.
Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemunculan Gerakan Pembaharuan.