Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR PERKEMBANGAN AKTIVITI PERDAGANGAN DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16…
FAKTOR PERKEMBANGAN AKTIVITI PERDAGANGAN DI PORTUGAL PADA ABAD KE-16 MASIHI
PENDAHULUAN
Muncul gologan pelayar yang melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan di Portugal..
Portugal merupakan kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan perdagangan pada abad ke-16.
Portugal berjaya membina empayar perdagangan di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
Perkembangan perdagangan di Portugal dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Portugal muncul sebagai kuasa perdagangan bermula sejak abad ke-15 dan 16.
ISI 1: PERANAN PUTERA HENRY
Putera Henry yang digelar Henry the Navigator telah mengasaskan sebuah institusi pelayaran di Sagres.
Institut ini berperanan memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar Portugal.
Beliau merupakan seorang saintis dan bekas tentera salib yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kartografi.
Institut ini juga menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan, peralatan pelayaran dan membina serta membaiki kapal.
Peranan Putera Henry menyumbang kepada perkembangan perdagangan di Portugal.
Para pelayar yang mendapat latihan daripada institut ini kemudiannya telah berjaya menakluki kepulauan Madeira (1419) dan Azores (1427)
ISI 2:KESTABILAN POLITIK
kestabilan politik menyebabkan pemerintah portugal dapat menjalankan kegiatan maritim
raja raja portugal semasa pemerintahan dinasti avis (1383-1577)memberi galakan kepada masyarakat portugal melibatkan diri dalam bidang perkapalan dan perdagangan
kesannya,bidang perdagangan berkembang maju di portugal
ISI 3:KESAN PERANG SALIB
perang ini memberi peluag kepada orang portugal mengenali peradaban dan kebudayaan timur
melahirkan orang portugal yang berfikiran terbuka dan cara pemikiran baharu menyebabkan berlaku pemikiran baharu orang eropah .
masyarakat eropah mula merantau dan belayar ke seluruh tempat
perang ini menyebabkan orang eropah belayar ke timur untuk mendapatkan barangan berharga
penaklukan wilayah islam di sepanyol menyebabkan orang eropah mengetahui ilmu pelayaran islam.
masyarakat eropah berpeluang mempelajari ilmu geometri.matematik,sains dan perubatan.
perkembangan ini membantu masyarakat portugal melibatkan diri dalam penjelajahan negara luar telah membawa kepada kegemilangan portugal dalam bidang perdagangan
ISI 4:KEMAJUAN DALAM PENEMUAN BAHARU
selain itu kemajuan dalam penemuan baharu turut menjadi faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan portugal.
penemuan seperti carta pelayaran (peta),kompas,reka bentuk kapal telah membawa kemajuan dalam bidang maritim.
malah dalam pembinaaan kapal, orang portugal mempunyai kemahiran dalam membina kapal jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.
hal ini akhirnya membuka luas peluang pelayar portugal dan kegemilangan mereka semakin terserlah apabila dapat belayar jauh ke dunia luar .
hal ini akhirnya menyumbang kepada perkembangan perdaganga dan perniagaan portugal.
PENUTUP
Kesimpulannya, perkembangan perdagangan dan perniagaan yang terhasil daripada gerakan penjelajahan dan penerokaan telah memberi sumbangan terhadap perkembangan politil,ekonomi dan sosial di portugal.Portugal adalah kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di timur pada abad ke 16.Kekayaan dan kemakmuran yang diperolehi oleh portugal melalui perdagangan dengan timur menyebabkan kuasa kuasa barat lain seperti sepanyol, belanda, perancis dan inggeris menghantar angkatan tentera mereka ke timur.