Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESELAMATAN BENGKEL ELEKTRIK & ELEKTRONIK - Coggle Diagram
KESELAMATAN BENGKEL ELEKTRIK & ELEKTRONIK
Keselamatan am
Masuk dan keluar bengkel dengan izin guru
Memahami peraturan yang telah ditetapkan
Membuka tingkap bagi memudahkan proses pengudaraan yang baik berlaku di dalam bengkel
Bersihkan dan mengemas bengkel selepas melakukan kerja - kerja atau aktiviti amali.
Bertindak segera dengan melaporkan kepada guru dengan secepat mungkin jika berlaku sebarang kemalangan
Keselamatan diri
Guna alatan dengan cara atau kaedah yang betul
Jangan bergurau senda di dalam bengkel
Memakai kasut bertutup dan bertapak getah
Kemaskan pakaian dan memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan aktiviti di dalam bengkel elektrik dan elektronik
Bagi murid bukan muslim, ikat rambut dengan kemas manakala tudung hendaklah dimasukkan ke dalam bagi murid perempuan muslim
Elakkan memakai barang perhiasan seperti anting - anting, cincin, jam, rantai dan loket.
Keselamatan alatan dan bahan
Murid hendaklah memahami fungsi setiap alatan dan memahami cara menggunakan alatan dengan betul.
Murid hendaklah menggunakan alatan yang berbahaya di bawah pengawasan guru.
Bersihkan dan simpan alatan dan bahan setelah digunakan ke tempat asal.
Gunakan alatan secara berhemat dan elakkan daripada menggunakan alatan yang telah rosak atau berkarat.
Laporkan kerosakan dan kehilangan alatan kepada guru yang bertugas.