Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL - Coggle Diagram
PERATURAN KESELAMATAN
DALAM BENGKEL
PERATURAN KESELAMATAN
PERATURAN AM
Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam bengkel dengan kebenaran guru sahaja
Beg hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan di luar bengkel
Tingkap dan pintu hendaklah dibuka sebelum memulakan kerja
Alatan dan bahan hendaklah digunakan dengan cara yang betul
Meja kerja dan kawasan bengkel hendaklah dibersihkan setelah selesai aktiviti amali
Sebarang kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada guru
Semua suis hendaklah ditutup sebelum meninggalkan bengkel
Alatan dan bahan pelarut yang bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang selamat
Alatan hendaklah dibersihkan setelah digunakan
PERATURAN DIRI
Peraturan keselamatan diri hendaklah dipatuhi sepanjang masa
Pakaian hendaklah bersesuaian dan mematuhi etika pemakaian
Barangan perhiasan diri hendaklah ditanggalkan semasa berada di bengkel
Pelajar tidak dibenarkan bermain atau bergurau di tempat kerja
Sebarang kecederaan dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada guru
Tangan hendaklah dicuci setelah aktiviti siap
ORGANISASI
DEFINISI
Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel
TUJUAN
Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel
Membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan yang teratur dan kemas
Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat
Melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan murid
ALATAN PENTING BAGI KESELAMATAN DALAM BENGKEL
ALAT PEMADAM API
Pastikan alata pemadam api berada di bengkel sebagai langkah keselamatan
Alata pemadam api hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat
Memastikan alat tersebut boleh berfungsi dengan baik dan selamat digunakan
Menghubungi pihak bomba untuk peperiksaan alatan tersebut
Cara menggunakan alat pemadam api
Letakkan alat di atas lantai
Tanggalkan pin picu
Halakan muncung penyembur
Tekan tuas. Bahan pemadam akan tersembur keluar
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Kit pertolongan cemas hendaklah disediakan dalam bengkel dan diletakkan di tempat yang sesuai serta mudah dilihat
Isi kandungan kit pertolongan cemas hendaklah sentiasa mencukupi
Contoh-contoh alatan dalam kit pertolongan cemas
Gunting kecil
Cecair pembasmi kuman (antiseptik)
Ubat kuning (akriflavin)
Losen biru
Kain pembalut gulung
Kain tekap
Kapas
Pin keselamatan
ETIKA PEMAKAIAN DI BENGKEL
Perempuan
Rambut pendek/diikat kemas
Tudung dimasukkan ke dalam apron
Lengan baju hendaklah dilipat
Memakai apron
Memakai kasut
Lelaki
Rambut pendek
Tali leher dimasukkan ke dalam apron
Memakai apron
Memakai kasut