Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMAHIRAN MENDENGAR - Coggle Diagram
KEMAHIRAN MENDENGAR
-
PERINGKAT/ PROSES
PERINGKAT PERTENGAHAN
- pendedahan kepada pengecaman dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci
- mengenal informasi yang spesifik dan khusus
- pengenalan kepada perhubungan orang yang berinteraksi dan kehidupan sosial serta ilmu dalam aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap
- menjadikan murid seorang pendengar yang baik serta menumpukan perhatian kepada penyampai dan maklumat yang disampaikan
PERINGKAT MAJU
- Murid dilatih untuk mengenal isi-isi penting
- mentafsirkan maksud orang yang bercakap
- dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan
- dididik mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta menafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu
PERINGKAT AWAL
- Diajar untuk **mengecam,
mengajuk dan memilih bunyi**
- murid akan melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru
- murid juga cepat bertindak terhadap soalan yang mudah
- proses mengingat dan memadankan perkataan juga dilakukan dalam peringkat ini.
KONSEP
Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti seni yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur. Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi. :
- Gabungan daripada perkara atau apa-apa sahaja yang didengar, difahami dan diingat
- Berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat
- Individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otak mereka
- proses pendengaran dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi dan neurologi
- Pendengaran yang cekap memerlukan idea yang logik dna berkesan
- Pendengaran adalah berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan
- Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi
DEFINISI
Kemahiran Mendengar menurut International Listening Association (ILA) ialah satu proses menerima atu memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kemahiran mendengar dapat disimpulkan sebagai kecekapan atau kepandaian menangkap bunyi atau suara dengan telinga atau memberikan perhatian kepada kata-kata seseorang untuk mengikutnya, mempertimbagkannya dan sebagainya
-
AHLI KUMPULAN : Amni Wazini, Mawar Nur 'Adidah, Nur Alia Natasya, Nur Nadia Ilyana, Qurratuain Aiesya Umaierra
-