Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUMBER-SUMBER FIQH ISLAM - Coggle Diagram
SUMBER-SUMBER FIQH ISLAM
Al-Quran
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan
-
Yakni apabila terdapat suatu permasalahan, hukumnya akan dicari di dalam Al-Quran dan apabila hukumnya ditemui maka haruslah dilaksanakan hukum tersebut. Hukum yang umum yang terdapat di dalam al-Quran haruslah dirujuk melalui as-sunnah.
Sebagai contoh: Allah SWT memerintahkan di dalam al-Quran untuk solat, tetapi Allah SWT tidak menyatakan secara terperinci tentang cara pelaksanaannya atau bilangan rakaatnya di dalamnya.
Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran untuk mengeluarkan zakat, tetapi Allah SWT tidak menentukan wang yang wajib dikeluarkan zakat.
Baik nisab mahupun jumlah zakat. Sebaliknya, perintah itu datang dalam al-Quran secara keseluruhan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: {Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat}.
Telah datang sunnah dalam memberikan keterangan dan perincian berkaitan zakat, solat dan sebagainya. Maka al-Quran dikaitkan dengan sunnah Rasulullah SAW.
As-Sunnah
Sunnah adalah segala percakapan, perbuatan, dan taqrir oleh Nabi Muhammad SAW. Contohnya Sunnah lisan (السنة القولية) , Sunnah perbuatan (السنة الفعلية), sunnah taqriyah) الستة التقريرية)
Sunnah Lisan: Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW
Sunnah Perbuatan: Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
Sunnah Taqrir: Diam atau pengakuan Rasulullah SAW
-
- As-sunnah adalah hujah dan sumber perundangan yang diambil daripada al-Quran.
- Allah swt menjelaskan bahawa sunnah Nabawi adalah wahyu sebagaimana al-Quran adalah wahyu. (surah an-Najm:4)
- Sunnah berada di tempat kedua selepas al-Quran dari segi rujukan.
-
- Ketetapan yang sah terhadap ketetapan yang disebut dalam al-Quran, seperti larangan riba dan zina.
- Ketentuan yang menyatakan ketentuan umum dalam al-Quran, seperti memperincikan ketentuan solat, zakat, puasa dan haji.
- Hukum-hukum yang telah diperkenalkan oleh as-Sunnah sejak awal
Qiyas
Jumhur ulama bersetuju menyamakan masalah yang tidak jelas hukumnya di dalam al-Quran atau sunnah atau ijma’ dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada illah hukum
Satu kisah dimana seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW untuk mengajukan masalah bahwa ibunya yang sudah meninggal mempunyai hutang puasa selama sebulan lalu rasulullah bersabda “hutang Allah SWT lebih berhak untuk dilunaskan”
Terdapat 4 rukun qiyas iaitu:
- Perkara asal (sebab)
- Hukum asal (hukum wajib, haram, sah dan lain-lain)
- Cabang atau furu’ (masalah)
- Illah (sifat sebab lahir hukum)
Contoh perumpamaan:
Allah mengharamkan arak menurut nas al-Quran, dan sebab pengharamannya adalah kerana ia memabukkan yang menghilangkan akal.
Qiyas termasuk dalam perintah yang tiada hukum syara’ padanya seperti mana perintah lain yang telah ditetapkan hukumnya
Ijma'
Nabi Muhammad SAW bermaksud “sesungguhnya uamtku tidak akan bersatu dalam kesesatan”
Ia menjadi hujah bahawa pandangan ijmak adalah diterima
-
Kesepakatan para ulamak mujtahid dari umat Nabi Muhammad SAW tentang hukum syariah. Jika ulama' ini bersepakat dalam satu ketetapan. Maka wajib untuk mengikut apa yang mereka persetujui