Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep budaya dan kepentingan memahami konsep budaya download,…
Konsep budaya dan kepentingan memahami konsep budaya
Rumusan
Berdasarkan hasil dapatan saya terhadap tajuk pembelajaran, warga pendidik perlu peka dan cakna terhadap aspek diversiti budaya di Malaysia dengan melengkapkan diri dengan kesedaran budaya, pengetahuan budaya dan sikap terhadap kepelbagaian budaya. Hal ini kerana kehidupan bermasyarakat di Malaysia yang majmuk khususnya dalam institusi pendidikan seperti di sekolah amat memerlukan tahap kefahaman dan sikap saling hormat-menghormati yang tinggi demi merealisasikan persekitaran pendidikan yang selamat dan positif terhadap semua pelajar. Guru sewajarnya memainkan peranan yang penting dalam mempamerkan kompetensi professional dan meraikan semua anak didik yang memiliki pelbagai latar belakang etnik dan budaya tanpa bias terhadap mana-mana kumpulan pelajar minoriti. Perkongsian, pendedahan dan pengadaptasian terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid berlaku hasil daripada perbezaan persekitaran jelas dapat meningkatkan sifat keterbukaan, kesatuan dan toleransi antara satu sama lain malah menjurus kepada perpaduan dan integrasi kaum secara harmoni. Secara keseluruhannya, faktor budaya sekiranya dapat diatasi dengan berhemah mampu merapatkan jurang antara kaum dan menyerlahkan keistimewaan hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum dalam pelbagai aspek kehidupan serta menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat dan kemajuan bersama.
Kepelbagaian budaya di sekolah dikaitkan dengan dengan budaya di dalam bilik darjah hasil pengaruh daripada budaya masyarakat pelbagai kaum
-
latar belakang keluarga, sosioekonomi. kemasyarakatan, bahasa, kesenian, jantina, taraf pendidikan, status kekeluargaan, dll)
Mohd Taib Osman (1988)
budaya merupakan satu himpunan intelektual dan material lengkap yang memenuhi keperluan biologi dan sosial serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling
Budaya
CIRI-CIRI BUDAYA
✅ Boleh dipelajari
✅ Boleh dikongsi
✅ Boleh diwarisi
✅ Bersifat sejagat/ kesejagatan budaya
✅ Sentiasa berubah
✅ Mempunyai unsur simbolik
✅ Mempunyai pandangan semesta
-
-
- budaya merujuk kepada cara hidup dan penglaman interaksi sosial individu mencakupi aspek pemikiran, nilai, kepercayaan, pandangan, tabiat berfikir, tingkah laku dan perasaan seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu situasi
- budaya dianggap sebagai satu entiti dalam struktur sosial komuniti setempat seterusnya mewujudkan diversiti kaum yang unik
-
-
menghasilkan pelajar yang mempu memberi sumbangan kepada keperluan serta pembangunan masyarakat asalkan tidak menyimpang dari budaya diterima bersama
-
-
-
-