Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL - Coggle Diagram
PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL
PERATURAN KESELAMATAN
PERATURAN AM
Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai aktiviti.
Laporkan kepada guru sekiranya berlaku kemalangan.
Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul.
Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
Letakkan alatan dan bahan pelarut yang membahaya ditempat yang selamat.
Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
Bersihkan alatan setelah menggunakannya.
Masuk ke bengkel dengan kebenaran guru.
PERATURAN DIRI
Dilarang memakai barang hiasan diri semasa berbengkel.
Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
Pakai pakaian yang sesuai dan kemas.
Laporkan kepada guru sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.
Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi sepanjang masa.
Cuci tangan selepas aktiviti.
ORGANISASI
DEFINISI
Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel.
TUJUAN
Membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan yang teratur dan kemas.
Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.
Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel.
Melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab dikalangan murid.
PEMADAM API
Memastikan alat tersebut boleh berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
Menghubungi pihak bomba untuk peperiksaan alatan tersebut.
Alat pemadam api hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
Cara menggunakan alat pemadam api
Tanggalkan pin picu.
Halakan muncung penyembur ke punca api.
Letakkan alat di atas lantai.
Tekan tuas. Bahan pemadam akan tersembur keluar.
Pastikan alat pemadam api berada di bengkel sebagai langkah keselamatan.
PETI KECEMASAN
Kit pertolongan cemas hendaklah disediakan dalam bengkel dan diletakkan ditempat sesuai yang mudah dilihat.
Isi kandungan kit pertolongan cemas sentiasa mencukupi.
Losen biru
Kain tekap
Pembalut gulung
Ubat kuning (akriflavin)
Ubat pembasmi kuman (antiseptik)
Kapas
Gunting kecil
Pin keselamatan