Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Kecerdasan - Coggle Diagram
Teori Kecerdasan
Teori Kecerdasan Emosi Goleman 1996
Latar Belakang Daniel Goleman
-merupakan seorang penulis, ahli psikologi dan jurnalis sains -telah menulis lebih dari 10 buku tentang psikologi, pendidikan, sains dan kepimpinan
Konsep Teori
-kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan manusia memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di dalam kehidupan
-seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih, tekanan dll perasaan negatif dengan baik melalui kecerdasan emosi
-membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses)
-penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada kecerdasan intelek (IQ) sahaja, tetapi lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya
-kecerdasan intelek (IQ) tidak menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat
-kecerdasan emosi (EQ) meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek kehidupan termasuk aspek kesiatan dan sosial
4 komponen utama dalam kecerdasan emosi:
Kecerdasan Kendiri = mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai emosi, kekuatan, kelemahan, keperluan dan keinginan seseorang -individu mempunyai kesedaran kendiri yang kuat tidak akan menjadi individu yang terlampau mengkritik mahupun tidak realistik -menjadi individu yang jujur dengan diri sendiri/orang lain
Pengurusan Kendiri = kemahiran mengurus emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal -terdapat 5 subkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi -individu yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat, berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak
Kesedaran Sosial = mengetahui pandangan orang lain terhadap dirinya -kompetensi yang berkaitan dengan kesedaran sosial adalah empati, kesedaran organisasi dan perkhidmatan
Pengurusan Hubungan = dikaitkan dengan kepimpinan -mencari cara untuk menjadi inspirasi dan memotivasikan orang lain -mampu membina dan mengekalkan tahap kepercayaan orang lain terhadap mereka
Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual (SQ). Ramai yang cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik
*Contoh SQ yang tinggi =ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan
*Contoh SQ yang rendah = bangga diri, dengki, ada kepentingan peribadi
Implikasi Teori:
-seseorang yang berjaya mempunyai keupayaan menguruskan emosinya
-murid-murid juga mempunyai tahap kecerdasan emosi yang berbeza-beza yang perlu dikenalpasti oleh guru
-guru perlu sentiasa membimbing murid-murid untuk meningkatkan kecerdasan mereka bukan sahaja dalam aspek intelek tetapi juga dalam aspek emosi
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardener 1983
Latar Belakang Dr. Howard Gardner
-seorang professor di Harvard University -mengarang lebih 18 buah buku dan ratusan artikel, contohnya The Discipline of Mind, What all students should understand?
Definisi Kecerdasan Pelbagai
-kemahiran menyelesaikan masalah yang sebenar dalam kehidupan seharian
-kebolehan mencipta sesuatu barangan
-kebolehan mencipta perkhidmatan yang berkualiti
-berpotensi mencipta masalah baharu yang bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan kesedaran baharu
-keupayaan menyelesaikan maslah atau membentuk produk yang merupakan hasil daripada sebab akibat dalam latar belakang kebudayaan tertentu
-kemahiran menyelesaikan masalah membolehkan seseorang mendekati sesuatu situasi untuk mencapai matlamat tertentu dan mengenal pasti jalan paling sesuai untuk mencapai matlamat tersebut
Terdapat 9 Teori Kecerdasan Pelbagai:
Linguistik -mahir membaca dan menulis -menggunakan perbendaharaan kata -penulisan kreatif -mencipta puisi -perbahasan -berjenaka -bercerita
=pekerjaan: penulis, penceramah
Logik Matematik -mengira dengan nombor -menyelesaikan masalah Matematik -berfikir secara kritis dan kreaif -membuat keputusan yang tepat
=pekerjaan: saintis, akauntan, jurutera
Ruang dan Bentuk -melukis -membentuk corak -mewarna -mencipta dan membina gambaran mental -mengamati dunia visual
=pekerjaan: pelukis, pereka fesyen
Muzik -mengenal pasti bunyi vokal -mengenal pasti bunyian alam sekitar -menyanyi -mencipta lagu -kepekaan terhadap rima dan melodi muzik
=pekerjaan: penyanyi, pencipta lagu
Tubuh Kinestatik -gerak badan -gimnastik/senamrobik -kawalan anggota badan -bersukan -permaianan -mereka cipta gaya tarian
=pekerjaan: atlet, penari
Interpersonal -bijak mewujudkan interaksi sosial yang berkesan (lancar bertutur, peramah, baik hati, simpati, empati dll) -bijak memimpin dan mempengaruhi orang lain -bijak berinteraksi dan komunikasi dengan berkesan -penampilan diri yang mengagumkan
=pekerjaan: guru, ahli politik, peniaga
Intrapersonal -alim dan rajin beribadat -sentiasa membuat refleksi kendiri/bermuhasabah -berdisiplin -sensitif terhadap persekitaran dan pergaulan
=pekerjaan: penyajak, ahli falsafah
Naturalis -cinta terhadap alam sekitar -menyayangi flora dan fauna -suka mengembara dan menikmati keindahan alam -menyayangi makhluk Tuhan -menyokong usaha kitar semula dalam usaha menjaga keindahan alam sekitar
=pekerjaan: doktor haiwan, saintis
Existential/Spiritual -kesedaran akan keterbatasan/kekuatan dari persepsi manusia -kesedaran tujuan hidup -mempertahankan tujuan hidup dan nilai-nilai -mempertahankan iman
=pekerjaan: guru agama
Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
Linguistik = menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan
Logik Matematik =melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif
Ruang dan Bentuk = melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambar rajah
Tubuh Kinestatik = melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model
Muzik = melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik dan berlatarkan muzik
Intrapersonal = melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas
Intrapersonal = belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik
Naturalis = melalui aktiviti luar kelas
Teori Kecerdasan Sternberg 1984
Latar Belakang Robert J. Sternberg
-menceburi bidang psychometri -merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti Tufts -seorang professor dalam psikologi dan pendidikan seperti di Universiti Yale dan Oklahoma State University -mencadangkan kecerdasan sebagai Triarchic
Teori yang menekankan kebolehan kognitif, tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan:
Analitikal -kebolehan menilai, menganalisis dan membanding beza maklumat yang diterima -skill asas pemikiran dan proses penyelesaian masalah
Kreatif -kebolehan merekacipta, membuat penerokaan dan usaha-usaha kreatif yang lain -contoh: boleh menjana idea atau kebolehan berhadapan dengan masalah baru dan rutin
Praktikal -kebolehan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari -dilihat dari segi pengurusan harian
Implikasi Teori:
-memaksimumkan kekuatan dalam ketiga-tiga kebolehan jika mahu berjaya dalam kehidupan
-penyesuaian yang harus berlaku dalam diri individu yang berkenaan serta dalam konteks sosio-budaya
-seorang guru perlu mengetahui perbezaan kecerdasan dalam kalangan pelajar
-setiap pelajar harus dibimbing untuk menjadi lebih cerdas dengan meningkatkan ketiga-tiga kebolehan