Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sosiobudaya dan Perkembangan Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah - Coggle…
Sosiobudaya dan Perkembangan Sosiobudaya Dalam Bilik
Darjah
Teori Ekologi Bronfenbrenner
MIKROSISTEM
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. (ADIK BERADIK, RAKAN- RAKAN, JIRAN, IBU BAPA)
MESOSISTEM
Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.
EKOSISTEM
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
MAKROSISTEM
Melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma, nilai dan amalan dalam sesebuah masyarakat. Melibatkan sistem persekitaran yang abstrak
KRONOSISTEM
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Merujuk kepada pola peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu di sepanjang hayatnya
TEORI SOSIOBUDAYA vIGOTSKY
PENGENALAN
Vygotsky menekankan penyertaan proaktif kanak-kanak di bawah umur dengan persekitaran yang mengelilingi mereka, sebagai perkembangan kognitif hasil proses kolaboratif. Lev Vigotsky (Rusia, 1896-1934) berpendapat bahawa kanak-kanak mengembangkan pembelajaran mereka melalui interaksi sosial: mereka memperoleh kemahiran kognitif baru dan lebih baik sebagai proses logik perendaman mereka dalam cara hidup.
ZONE PROXIMAL DEVELOPMENT (ZPD)
Kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi.
Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang bantuan.
Tahap perkembangan potensi: Penyelesaian masalah yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa.
SCAFFOLDING
Bimbingan yang diberi oleh seorang dewasa dalam proses pengajaran & pembelajaran melalui soalan dan interaksi yang bersifat positif. Di awal-awal pembelajaran guru melakukan bimbingan langsung kepada pelajar, semakin tinggi tahap kemampuan pelajar, maka bimbingan yang diberikan akan semakin sedikit.
PRIVATE SPEECH
Pertukaran pengetahuan bersama kepada pengetahuan personal. kanak-kanak akan bercakap sendirian untuk menyelesaikan masalah tanpa didengari oleh orang lain. kanak2 ini akan dapat menyelesaikan tugasan- tugasan yg lebih mencabar berbanding mereka yang tidak menggunakannya
PLAY
Vygotsky menganggap kanak-kanak yang sedang bermain itu adalah sedang bekerja tetapi bagi pemerhatian kita kanak-kanak adalah sedang bermain.