Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Pembelajaran Behaviouris Skinner & Teori Pembelajaran Kognitif…
Teori Pembelajaran Behaviouris Skinner & Teori Pembelajaran Kognitif Kohler
Kohler
eksperimen
eksperimen pertama
Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz.
Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika.
Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang.
Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti tersebut. Dengan cara ini cimpanzi berjaya memperolehi pisang tersebut.
Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.
eksperimen kedua
Dalam eksperimen yang kedua, seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Berhampiran dengan sangkar itu, iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang berlainan panjangnya. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. Selepas itu, dia mula mencabut seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Sekali lagi cimpanzi tersebut gagal. Secara tiba-tiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut buluh yang panjang. Dengan menggunakan buluh yang panjang, cimpanzi itu dikatakan telah memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek untuk mendapatkan buluh yang panjang. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang.
rumusan
Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian kohler tersebut ialah haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognitif. Selain itu, cimpazi menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah bukan tindakan secara melulu, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepsinya, iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya.
Menurut kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian tersebut, kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
VIDEO EKSPERIMEN TEORI KOHLER
Implikasi
Murid perlu diberi peluang untuk “menemui” perhubungan (penemuan kendiri)
Guru sebagai fasilitator
Murid perlu dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti, alatan yang selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.
Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler
Penyelesaian masalah yang dihadapi sering diperoleh secara mendadak iaitu apabila kita tidak asyik memikirkan tentang masalah tersebut. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan 2 perkara.
Skinner
Eksperimen Skinner
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus (
https://youtu.be/PQtDTdDr8vs
) (
https://youtu.be/MOgowRy2WC0
)
Peneguhan
Peneguhan Positif: Peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa kemungkinan tingkah laku diteruskan berlaku apabila tingkah laku tersebut diikuti oleh rangsangan yang menyenangkan (ganjaran).
Peneguhan Negatif: Peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa kemungkinan tingkah laku akan diulangi apabila rangsangan yang tidak menyenangkan (tidak selesa) ditiadakan.
Mengikut perhatian Skinner, masih terdapat banyak tingkah laku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ia berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.
Skinner berpendapat pula tingkah laku individu juga mempunyai ciri motivasinya (iaitu individu dapat mengawal tingkah laku dirinya), dan cara pembelajaran juga boleh berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya.
Untuk membuktikan hipotesisnya, Skinner telah merekabentuk sebuah kotak yang dikenali sebagai Kotak Skinner (Skinner Box) untuk kaji
Hukuman
Hukuman persembah (beri)
Hukuman persembah (beri) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hail daripada rangsangan yang diberikan. Rangsangan yang diberikan biasanya merupakan sesuatu yang menyakitkan. Contohnya, kena rotan, kena tampar, kena sebat dan sebagainya.
Hukuman singkir (tarik diri)
Hukuman singkir (tarik balik) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik. Rangsangan yang ditarik balik kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu yang digemari. Contohnya, peluang keluar malam, menonton rancangan kegemaran dan sebagainya dalam tempoh tertentu.
Implikasi
Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik
Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran
Buat analisis tugasan, menyediakan langkah pengajaran secara berperingkat
Pengaplikasian teknik peneguhan yang sesuai
Pengaplikasian hukum kesediaan, hukum latihan, hukum kesan/akibat
Mengadakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra
Pengaplikasian teknik motivasi dan perancangan pembelajaran yang merangsangkan dan menyeronokkan