Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerjaaktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh gurudi dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu
Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.
Komponen dalam RPH
TEMA/ TAJUK
Tajuk atau tema merupakan topik yang akan di ajar pada hari berkenaan.
Tema dan tajuk dapat dikenal pasti berasaskan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan mingguan
Tema atau tajuk hendaklah di tulis secara spesifik.
KEMAHIRAN /FOKUS
Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini.
Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuahmasyarakat.
Kemahiran/Fokus hendaklah berpandukan DSKP serta Standard pembelajaran dan Standard Kandungan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia adapelajar bagi memudahkan perancangan danpelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran .
Guru boleh mengemukakan soalan untuk mengetahuisejauh mana pengetahuan murid tentang tajuk yangakan diajar.
Pembelajaran yang lepas juga boleh menjadi buktitahap pengetahuan yang ada pada pelajar.
STANDARD KANDUNGAN
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara murid perlu ketahui dan boleh melakukan dalam tempoh-tempoh tertentu merangkumi aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai.
Standard ini berkait rapat dengan tajuk dan sub-topik sesuatu silibus.
STANDARD PEMBELAJARAN
Standard Pembelajaran pula merujuk pada suatupenetapan kriteria atau indikator kualitipembelajaran dan pencapaian yang boleh diukurbagi setiap standard kandungan
Standard ini adalah berkaitan dengan hasilpembelajaran bagi setiap tajuk / topik yangterdapat dalam DSKP mengikut tahunpersekolahan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Ini merupakan penyataan tentang hasil hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar pada akhir pengajaran.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauhmana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran berasaskan sekolah juga bolehdilaksanakan sepertimana yang ditetapkan olehLembaga Peperiksaan
RANCANGAN TAHUNAN,SEMESTER,MINGGUAN
Rancangan Tahunan
Rancangan pelajaran tahunan merujuk kepada ringkasan isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan suaktan pelajaran kebangsaan yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rancangan Semester
Rancangan semester merujuk kepada perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester setiap minggu. Rancangan ini mengikut takwim minggu persekolahan yang ditetapkan oleh pihak.