Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FIQH & USUL FIQH MENURUT IMAM MALIKI - Coggle Diagram
FIQH & USUL FIQH MENURUT IMAM MALIKI
Pengenalan
Pemikiran fiqh dan usul fiqh Imam Malik dapat dilihat dalam kitabnya al-Muwatta’ yang disusunnya atas permintaan Khalifah Harun al-Rasyid dan selesai di zaman Khalifah al-Ma’mun.
BIODATA IMAM MALIK
Dilahirkan di Madinah
Dilahirkan pada 93H @ 95H
Nama : Malik bin Anas bin Abu Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amir bin Al-Haris
Isi kitab Muwatta' mempunyai 1720 hadis dan juga athar
Dasar mazhab Maliki
Qiyas
🤨Qiyas bermaksud membuat perbandingan. Oleh itu hukum Qiyas adalah hasil daripada perbandingan antara satu persoalan baru yang tidak mempunyai nas daripada al-Quran dan hadis dengan masalah yang sudah ada jawapannya yang serupa illahnya.
Ijtima
🤨Imam Malik menjadikan amalan penduduk Madinah sebagai sumber hukum dalam membina mazhab beliau
🤨Ini satu-satunya sumber yang tidak dipakai oleh mana-mana imam mazhab.
🤨 Imam Malik berpendapat bahawa penduduk Madinah amat mengetahui Sunnah-Sunnah Rasulullah dan mereka sekali-kali tidak akan bersepakat melakukan sesuatu amalan yang tidak diajarkan Rasulullah.
Sunnah
🤨Sumber kedua yang menjadi dasar pembinaan Mazhab Maliki ialah Hadis atau Sunnah Nabi yang beliau nilai sahih.
🤨Di dalam berpegang kepada Hadis atau Sunnah ini, Imam Malik kembali kepada hadis-hadis yang dipegang oleh ulama’-ulama’ hadis di Hijaz (Madinah).
Al-Quran
🤨Al-Quran adalah sumber yang utama yang dipegang oleh Imam Malik sebagai sumber rujukan.
🤨Imam Malik seorang yang sangat keras menolak kemasukan kisah-kisah Israilliyat ketika menafsir al-Quran.
Maslahah mursalah
Maslahah mursalah bermaksud memelihara tujuan syara’ dengan cara menolak segala sesuatu yang merosakkan. Ini adalah sumber kelima yang digunakan oleh Imam Malik di dalam mazhab beliau. Ini juga satu sumber hukum yang dibuat oleh Imam Malik yang tidak menjadi kaedah atau sumber oleh imam-imam mazhab yang lain. Namun terdapat syarat yang perlu dipegang ketika menggunakan dasar ini iaitu
Hendakhlah kemaslahatan itu diterima oleh para ulama besar yang terkemuka
Hendaklah kemaslahatan itu menyebabkan tersingkirnya kesusahan dalam beragama
Hendaklah kemaslahtan yang hendak dibenarkan atau dituruti itu tidak menafikakn salah satu daripada masalah asas agama dan tidak menolak dalil yang diputuskan dalam al-Quran dan hadis
KITAB USUL FIQH ULAMA' MALIKIYYAH
Antara metode yang digunakan dalam penyusunan kitab usul fiqh ialah perbandingan
Ulama' yang menggunakan metode perbandingan ialah Abu Ishaq Ibrahim Musa al-Syatibi
Karyanya ialah Al-Muwafaqat fi usul as-Syariah
Karyanya bukan sahaja memaparkan kandungan secara perbandingan, tetapi sekaligus berjaya membentangkan pembahasan tentang maslahah (kesejahteraan umat) serta maqasid al-Syariah (tujuan-tujuan disyariatkannya Islam)
Karyanya juga berhasil memberikan arahan untuk mengetahui aspek-aspek persekitaran dalam proses penurunan wahyu