Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMAM MALIKI - Coggle Diagram
IMAM MALIKI
RIWAYAT HIDUP IMAM MALIKI
Nama penuhnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amir bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amir bin al-Haris.
Dilahirkan di Madinah, di desa Zulmarwah iaitu suatu tempat yang terletak di utara kota Madinah pada tahun 93 H. Imam Malik dilahirkan pada zaman pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik al-Umawi. Beliau meninggal dunia pada masa pemerintahan Harun al-Rasyid di masa pemerintahan Bani Abbasiyyah. Zaman hidupnya adalah sama dengan zaman hidup Imam Abu Hanifah.
Imam Malik adalah Imam yang ke-2 daripada imam-imam yang empat dalam mazhab fiqh Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dari segi umur.
Imam Malik belajar pada ulama-ulama Madinah. Yang menjadi guru pertamanya ialah Abdur Rahman bin Hurmuz. Beliau juga belajar kepada Nafi’ Maula Ibnu Umar dan Ibnu Syihab Az Zuhri. Adapun yang menjadi gurunya dalam bidang fiqh dan usul fiqh ialah Rabi’ah bin Abdur Rahman.
PENGENALAN
Pemikiran fiqh dan usul fiqh Imam Malik dapat dilihat dalam kitabnya al-Muwatta’ yang disusunnya atas permintaan Khalifah Harun al-Rasyid dan selesai di zaman Khalifah al-Ma’mun.
Kitab ini sebenarnya merupakan kitab hadis, oleh kerana disusun dengan sistematik fiqh dan huraian di dalamnya yang juga mengandung pemikiran fiqh Imam Malik dan metod istinbat-nya, maka buku ini juga disebut oleh ulama hadis dan fiqh sebagai kitab fiqh.
Dasar Mazhab Maliki adalah Al-Qur’an, Sunnah Nabi SAW, Ijma’, amalan penduduk Madinah (statusnya sama dengan sunnah menurut Imam Malik), Qiyas, Fatwa Sahabat, al-Maslahah al-Mursalah, ‘Urf; Istihsan, Istishab, Sadd al-Dzara’i dan Syar’u Man Qablana.
METODOLOGI MAZHAB MALIKI
Ijma' Ulama Madinah
Imam Malik menjadikan amalan penduduk Madinah sebagai sumber hukum dalam membina mazhab beliau. Kadang-kadang beliau meninggalkan hadis, apabila beliau dapati berlawanan dengan amalan penduduk Madinah atau Ijma’ para ulama’ Madinah.
Imam Malik berpendapat bahawa penduduk Madinah amat mengetahui Sunnah-Sunnah Rasulullah dan mereka sekali-kali tidak akan bersepakat melakukan sesuatu amalan yang tidak diajarkan Rasulullah. Maka, sudah tentu ia lebih kuat untuk dijadikan sumber hukum berbanding Hadis Ahad. Sebab itulah Imam Malik lebih menerima amalan penduduk Madinah berbanding Hadis Ahad.
Qiyas
Qiyas bermaksud membuat perbandingan. Oleh itu hukum Qiyas adalah hasil daripada perbandingan antara satu persoalan baru yang tidak mempunyai nas daripada al-Quran dan hadis dengan masalah yang sudah ada jawapannya yang serupa illahnya
al-Sunnah
Sumber kedua yang menjadi dasar pembinaan Mazhab Maliki ialah Hadis atau Sunnah Nabi yang beliau nilai sahih.
Hadis atau Sunnah itu adalah penafsir al-Quran atau penjelas baginya. Ini telah diterangkan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud,
”dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul itu terimalah dan apa-apa yang dilarangnya maka jauhilah”.
Imam Malik kembali kepada hadis-hadis yang dipegang oleh ulama’-ulama’ hadis di Hijaz (Madinah). Mana-mana hadis yang para ulama’ Madinah tidak memandangnya sahih, beliau juga turut menolaknya.
Maslahah Mursalah
Maslahah mursalah bermaksud memelihara tujuan syara’ dengan cara menolak segala sesuatu yang merosakkan.
Syarat-syarat yang perlu dipegang ketika menggunakan dasar ini
Hendaklah kemaslahatan yang hendak dibenarkan atau dituruti itu tidak menafikan salah satu daripada masalah asas agama dan tidak menolak dalil yang diputuskan dalam al-Quran dan Hadis daripada dalil-dalilnya.
Hendaklah kemaslahatan itu diterima oleh para ulama’ besar yang terkemuka.
Hendaklah kemaslahatan itu menyebabkan tersingkirnya kesusahan dalam beragama
al-Quran
Beliau tidak akan mencari nas-nas dalam mana-mana sumber sebelum beliau mencarinya di dalam al-Quran
Imam Malik mensyaratkatkan seseorang yang mahu menjadi mujtahid hendaklah mahir dalam ilmu Bahasa Arab
Al-quran adalah sumber yang utama dipegang oleh Imam Malik sebagai sumber rujukan.
Imam Malik seorang yang keras menolak kemasukkan kisah-kisah israiliyat ketika menafsir al-Quran