Kandungan pembelajaran Matematik Awal dalam kurikulum Permata (Iylia, Syafiqah, Puteri, Hazira)
Hasil pembelajaran
Konsep
Bentuk dan Saiz
Ruang dan Kedudukan
Perbandingan dan Pengelasan
Padanan satu dengan Satu (One to One Correspondence)
Pengukuran dan sukatan :
Parts and wholes
Konsep masa
Bilangan dan nombor
Penguasaan kemahiran mengenal bentuk dan saiz bermula apabila kanak-kanak boleh mengenal, mengecam, menamakan, membina, membanding, mengasingkan antara bentuk dua dan tiga dimensi di persekitarannya.
Pembelajaran konsep ruang akan membolehkan kanak-kanak mengenal, menamakan, kedudukan dan arah sesuatu objek di ruang tertentu. Melalui pembelajaran konsep ruang, kanak-kanak juga dapat menamakan, menerangkan luar dan dalam.
Pengelasan merangkumi kebolehan untuk memilih, mengumpul, mengelas dan menyusun objek mengikut saiz, bentuk dan nombor.
Padanan satu dengan satu merupakan komponen asas konsep nombor. Padanan satu dengan satu iaitu dengan mengaitkan nama nombor untuk setiap objek yang dikira.
Kanak-kanak suka meneka sesuatu bahan atau permainan dengan mengeluarkan,memecahkan dan mengasingkan bahagian bahan atau permainan tersebut. Perlakuan ini secara tidak langsung memberikan pengalaman untuk kanak-kanak mengetahui bahawa daripada bahagian tertentu akan membentuk bahan permainan tersebut.
Konsep masa adalah berkaitan dengan pembelajaran tentang masa seperti siang malam, kalendar dan turutan aktiviti di TASKA. Konsep masa telah difaham oleh kanak-kanak apabila mereka telah tahu waktu contohnya waktu makan,tidur, dan pulang.
Kesedaran tentang nombor merujuk kepada konsep dan memahami nombor, iaitu dengan mengaitkan kuantiti dan membilang. Ini termasuklah memahami konsep banyak sedikit, kaitan antara ruang dengan kuantiti (konsep konservasi).
Seriasi dan pola
Seriasi dan pola - susunan objek mengikut urutan tertentu, misalnya daripada kepada besar atau sebaliknya, menyusun warna daripada warna muda kepada tua, dan sebagainya.
Mengenali ciri panjang, isipadu, berat dan masa. Pada tahap yang lebih tinggi, pengukuran akan melibatkan penggunaan nombor untuk membuat perbandingan ukuran, masa dan lain-lain.
Tahap perkembangan awal matematik
0 - 12 bulan
1 - 2 tahun
2 - 3 tahun
3 - 4 tahun
4+ tahun
Melihat mengikut arah objek yg bergerak.
Boleh menghubungkan antara dua objek.
Boleh mengenal saiz dan objek.
Boleh mengenali kuantiti banyak dan sedikit.
Boleh mengira 1 hingga 5.
0 - 12 bulan
1 - 2 tahun
2 - 3 tahun
3 - 4 tahun
Mengembangkan kebolehan mengesan arah bunyi, membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang
Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran awal matematik
Mengetahui susunan nombor secara hafalan
Membanding dan membezakan dari segi ketinggian, saiz dan kuantiti memadankan bilangan objek dengan simbol nombor.