KEPENTINGAN JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

ROHANI

INTELEKTUAL

EMOSI

JASMANI

Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti berikut:

. Melakukan riadah

. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif

. Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari

. Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat

Menjaga kesihatan badan

. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran

Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititikberatkan kerana emosi mempengaruhi seseorang dalam tingkahlaku dan tindakannya . Dalam FPK perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut :

. Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal

. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan

. Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian

Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang bagi memastikan seseorang itu memperolehi perkara berikut :

. Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu

. Berfikir secara kreatif dan kritis

. Mempunyai kemahiran asas 3M

. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

Pemikiran kreatif ialah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.

Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju dan memerlukan rakyat yang cergas , sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.

Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada pencipta.Unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut:

. Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta

. Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta

. Membentuk akhlak mulia

. Memupuk dan membina disiplin kendiri

. Menyedari dan menginsafi tanggung jawab

AHLI KUMPULAN : 1.THARANII TARAN 2. NITTHIYAH
3.JANANY
4.VATHINI