Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SIRAH PEKERJAAN RASULULLAH - Coggle Diagram
SIRAH PEKERJAAN RASULULLAH
GEMBALA KAMBING
Ketika dalam pemeliharaan Bani Sa'ad
Rasulullah SAW mula mengembala kambing ketika dalam pemeliharaan ibu susuan baginda iaitu Halimah As-Sa’adiah dari kabilah Bani Sa’ad.
Rasulullah S.A.W yang baru berusia empat tahun ketika itu telah dipercayai oleh Halimah As-Sa’diah untuk membantu beliau mengembala kambing-kambing peliharaannya.
Kambing-kambing yang digembala oleh baginda sangat sihat walaupun ketika itu perkampungan Bani Sa’ad dilanda kemarau yang sangat panas dan begitu lama berbanding di tempat lain.
Tinggal bersama ibu kandung baginda
Setelah peristiwa pembelahan dada nabi Muhammad S.A.W oleh malaikat Jibril a.s, baginda diserahkan semula kepada ibu kandungnya.
Nabi Muhammad S.A.W meneruskan pekerjaannya sebagai pengembala kambing.
Baginda mengambil upah mengembala kambing-kambing penduduk Mekah.
Sabda nabi Muhammad S.A.W:
“Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Mekah dengan upahnya beberapa Karat sahaja" (Riwayat Bukhari)
Dilakukan ketika baginda masih kanak-kanak.
Pekerjaan pertama Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW pernah menyatakan dalam hadis baginda mengenai pekerjaaan baginda sebagai pengembala kambing:
مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْرَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله؟ قَا لَ: وَأنَا
" Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu "
Dalam pemeliharaan bapa saudara
Ketika baginda tinggal bersama Abu Talib, baginda masih lagi meneruskan pekerjaan mengembala kambing.
Baginda mengembala kambing-kambing kepunyaan bapa saudaranya sendiri dan mengambil upah mengembala kambing-kambing lain.
Baginda bekerja mengembala kambing agak lama iaitu sehingga baginda berumur 21 tahun.
Rasulullah SAW sangat mahir untuk menguruskan sikap-sikap manusia kerana baginda sudah terbiasa dalam mengembala kambing-kambing yang bersifat degil dan liar.
BERNIAGA/USAHAWAN
2. Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.
3. Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu.
Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.
Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
4. Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
Mengikuti bapa saudara Baginda, Abu Talib dalam masa yang sama sibuk berniaga.
Mula mengikuti ketika berumur 12 tahun
Abu Talib telah bercadang untuk keluar berniaga ke Syam. Apabila Nabi Muhammad S.A.W mengetahui rancangan bapa saudara Baginda, Baginda meminta keizinan untuk bersama-sama menyertai misi perdagangan bapa saudara Baginda.
Memahami keinginan Baginda, Abu Talib akhirnya membenarkan Baginda sama-sama menyertai misi dagang tersebut. Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah. Sebelum sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu, Buhaira telah memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat pelik,ini kerana sepanjang perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
5. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada.
Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”