Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Kesusasteraan Melayu - Coggle Diagram
Konsep Kesusasteraan Melayu
Takrif Kesusasteraan Bahasa Melayu
M.K Danziger & W.S Jahnson (1983), berpendapat bahawa kesusasteraan bahasa melayu ini merupakan seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan.
Abu Bakar Hamid (1997), kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungankepuasan intelek dan kepuasan estetik.
Sarjana Ismail Hussein (1998), kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif.
Jenis , Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk ini pula dikategorikan mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik atau tradisional dan jenis moden atau kotemporari.
Bentuk prosa dapat dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu seperti berikut ;
Prosa Klasik dan Prosa Moden
Puisi Klasik dan Puisi Moden
Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu.
Prosa Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita atau lebih dikenali sebagai naratif tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita atau non-naratif. Karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan akan dikelompokkan sebagai prosa.
Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu naratif dan bukan naratif.
Puisi Tradisional
Puisi Tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif.
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.
Genre bagi bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang, Dikir/Zikir, Rubai, Nazam, Masnawi, Ghazal, Berzanji, Qit'ah, Seloka,Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan mempunyai rangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan juga padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu perkara abstrak kepada yang nyata.
Ciri Kesusasteraan Melayu
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan.Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi.
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telahmenerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satuperubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihandaripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan iniditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untukmemenuhi kehendak golongan istana.