Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Seseorang Individu beserta…
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Seseorang Individu beserta Contoh
Kematangan
Guru haruslah memastikan bahawa objektif dan isi pembelajaran yang dirancang sejajar dengan kematangan mental murid kerana kematangan mempengaruhi kesediaan belajar murid untuk menerima pembelajaran yang baharu.
Perkembangan mental kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Misalnya, murid Tahun Satu dan Dua tidak mempunyai kematangan untuk bermain hoki kerana otot-ototnya belum berkembang untuk bermain hoki. Kematangan fizikal akan sempurna apabila murid mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
Sebagai contohnya, Guru tidak boleh memaksa murid untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya sebaliknya guru harulah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan kematangan fizikal murid.
Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan biologi dalam badan setiap individu. Terdapat dua jenis kematangan iaitu kematangan fizikal dan kematangan mental.
Perkembangan psikomotor kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu bayi, awal kanak-kanak dan kanak-kanak. Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi dan kanak-kanak.
Motivasi Dalaman
motivasi dalaman juga sebagai motivasi intrinsik serta berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar.
Kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua dua ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya pembelajaran lebih seronok dan berkesan. (Bruner, 1966)
murid perlu berada dalam keadaan yang bersemangat, bersikap positif untuk bersedia menghadapi pembelajaran.
Contohnya, guru memberi ransangan belajar kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah nyanyian melodi riang untuk menghafal lagu ABC dalam kalangan murid prasekolah. Ini akan menjadikan murid-murid berasa seronok untuk belajar dan lebih ingat mengenai pembelajaran.
guru perlu merancancang satu aktiviti yang menarik serta mampu memberi rangsangan kepada murid untuk bersemangat dan bersedia untuk belajar
Kemahiran Asas & Pengalaman Sedia Ada
Murid hendaklah memperolehi kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan
Kemahiran asas dan pengalaman sedia ada ini berkait rapat dengan keadaan persekitaran murid
Contohnya, murid luar bandar akan lebih bersedia belajar topik pertanian berbanding dengan murid-murid di bandar kerana mereka lebih terdedah dengan aktiviti pertanian
Dengan adanya, kemahiran asas dan pengetahuan ini murid-murid akan menjadi lebih fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung
Faktor Pengalaman
:
pengalaman yang sedia ada dalam diri seseorang pelajar menjadi faktor utama mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid tetap akan mempengaruhi kesediaan belajar individu berkenaan
Contohnya: Misalnya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar dapat menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan kehidupan di kampung atau kawasan pedalaman. Murid-murid dari Bandar akan mendapati topik itu sukar kerana pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka amat terhad.