Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang individu, Nama…
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang individu
BAKA
Baka dapat menentukan persamaan antara anak-anaknya dengan ibu bapa dari segi
fizikal, mental, bakat dan kawalan emosi.
Contoh lain
, jika ibu bapa tersebut pandai, maka anak-anaknya juga bakal memperoleh kebolehan yg dimiliki oleh kedua ibu bapanya.
Sebagai contoh
, jika fizikal murid tersebut tegap atau tampan, murid tersebut cenderung untuk bersukan.
KEMATANGAN
Kematangan Fizikal
Setiap manusia yang normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam lima peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
Kematangan fizikal akan berakhir dengan sempurna apabila mencapai umur 18 tahun dan pada ketika dan selepas itu individu masih boleh tetap membesar dengan pertambahan berat badan.
Hubungan antara kematangan fizikal dalam menentukan kesediaan belajar untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran adalah sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru.
Contohnya
, murid tahun 1 tidak boleh memegang raket tenis dengan betul kerana otot-otot mereka belum berkembang dan tidak mampu memegang raket yang berat disebabkan belum mencapai kematangan fizikal lagi.
Kematangan Intelek
Perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat.
Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya.
Namun, guru harus mempertimbangkan tahap perkembangan intelek murid-murid adalah tidak sama dan perlu bijak menyediakan strategi pengajaran serta bahan-bahan pembelajaran yang lebih sukar atau mengaturkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sukar kerana murid-murid bersedia menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar.
Contohnya:
dalam subjek Matematik guru memberikan aktiviti pengayaan topik pecahan aras tinggi pada murid tahun 6A kerana otak mereka telah bersedia menjawab soalan yang sukar.
Kematangan Sosial
Kematangan sosial merujuk kepada kematangan murid-murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam pelajaran.
Dalam sebuah bilik darjah sikap dan tingkah laku murid-murid adalah berbeza kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai.
Oleh itu, bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran, guru haruslah memperkembangkan kematangan sosial murid-murid secara positif untuk menggalakkan pembelajaran harmoni.
Umpamanya,
melaksanakan dalam aktiviti berkumpulan dengan menggabungkan murid yang pendiam dengan murid yang riang dan murid yang lemah digabungkan dengan murid yang pandai.
Oleh yang demikian, mereka dapat saling berinteraksi, membuat tugasan dan keputusan secara koperatif dan kolaboratif sekali gus dapat mewujudkan, membantu dan meningkatkan kesediaan belajar kerana wujudnya interaksi yang dapat mematangkan hubungan sosial mereka antara satu sama lain.
Kematangan Emosi
Darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat, keinginan dan kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pelajaran.
Sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi positif yang mendorong seseorang murid itu belajar.
Contoh:
Murid-murid mendapat rangsangan emosi ababila guru menggunakan kaedah nyanyian melodi ria dalam menghafal huruf ABC dalam kalangan murid prasekolah. Tetapi guru harus sedar kerana emosi setiap pelajar adalah berbeza dan guru perlu bijak merancang pembelajarannya selaras dengan kesediaan belajar dan keperluan murid-murid.
PENGALAMAN KANAK-KANAK
Contohnya
anak-anak telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.
Bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya.
Mengikut
prinsip Pavlov
kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
PENGALAMAN SEDIA ADA
Dapat membantu murid-murid untuk mempunyai
kesediaan belajar
yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.
Terdapat setengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa jua idea tentang urutan pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi dan lebih kompleks.
Contohnya
, pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti memenuhi prasyarat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran meneruskan pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.
FAKTOR PERSEKITARAN
Seseorang individu akan cenderung untuk mengikut apa yang dilakukan oleh masyarakat sekelilingnya.
Sebagai contoh
, jika persekitaran murid tersebut terdiri daripada murid-murid yang suka membaca buku, maka murid tersebut akan terikut-ikut dan cenderung untuk membaca buku.
Contoh lain
, jika rakan-rakan murid tersebut menunjukkan nilai-nilai yang positif, maka murid tersebut akan berakhlak mulia.
Nama Ahli Kump :<3:
Tasneem
Fatihah
Najihah
Auni
Ayuni