Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR
AHLI KUMPULAN : AFIQAH…
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR
AHLI KUMPULAN : AFIQAH AIDA
NUR AIN HAZIRAH
NUR ARISHA ZAFIRA
NUUR AISYAH
SITI MASHITAH
kematangan
- Pertumbanhan dan perkembangan biologi manusia.
- Setiap aspek perkembangan manusia akan mencapai tahap kematangan pada kadar yang tertentu mengikut peringkat perkembangan individu.
- aspek-aspek perkembangan individu (psikomotor/kognitif afektif).
- Justeru itu, respons murid terhadap proses PdP adalah berbeza.
- Akan ada seorang murid yang aktif dan seorang murid lain yang pasif dalam sebuah kelas.
- Ini menunjukkan perkembanagn kognitif tidak berlaku pada kadar sama walaupun murid sebaya.
- sikap dan minat yang ditunjukkan mempamerkan tahap kesediaan murid belajar.
Tahap kematangan biologi turut mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. - Individu yang matang mempunyai pandangan terhadap dunia yang berbeza, kec3endurungan mengikut gender juga berlainan.
- Cth. Pelajar lelaki lebih gemar melakukan aktiviti lasak sementara pelajar perempuan suka perkara sastera dan kemanusiaan.
Menurut Thorndike, pelajar yang telah mencapai tahap kematangan dari aspek kognitif/psikomotor/afektif adalah pelajar yang sudah mempunyai kesediaan belajar dan pembelajaran akan berlaku dengan jayanya.
Kematangan fizikal ini melibatkan perkembangan psikomotor. Individu yang normal akan mengalami perkembangan dan mencapai satu tahap kematangan fizikal yang sama dalam satu tempoh masa yang seragam (Kamarudin Hj. Husin, 1997).
pengalaman
sedia ada
pengalaman sedia ada yang disusun rapi dapat membantu murid-murid untuk mempunyai kesediaan belajar yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.
Terdapat setengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya, maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa jua idea tentang urutan pembelajaran dan prasyarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang tinggi dan lebih kompleks.
Contohnya, pelajar tingkatan tiga yang hendak memasuki kelas Sains mesti memenuhi prasyarat keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Sains dan Matematik. Jika tidak, mereka akan mengalami kesukaran meneruskan pembelajaran yang lebih kompleks kerana mempunyai asas yang sangat lemah.
Menurut Kamarudin Hj. Husin, 1997, pengalaman yang sedia ada dalam diri seseorang pelajar menjadi faktor utama mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru
kanak-kanak
pengalaman kanak-kanak juga sangat bergantung kepada latar belakang keluarga, kebudayaaan masyarakat dan alam sekelilingnya
Mengikut kajian Rosen (1958), keluarga yang berasal daripada kelas menengah ialah keluarga yang banyak memberikan sumbangan dalm kesediaan belajar anak-anak mereka.
Contohnya mereka telah diasuh, diajar dan diberi peneguhan supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Mengikut prinsip Pavlov kanak-kanak menjadikan peneguhan daripada ibu bapa seperti berbentuk ganjaran untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Faktor persekitaran
Murid perlu kepada persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pencapaian, kepuasan dan minat murid. Murid suka akan bahan pembelajaran dan aktiviti kurikulum serta kokurikulum yang sesuai dengan minat peribadi mereka.
Sebagai contoh, jika persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, maka murid tersebut akan terikut-ikut untuk membaca buku.
Suasana dan persekitaran di dalam kelas turut mempengaruhi kesediaan pelajar, Perhatian dan penumpuan pelajar yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar pelajar di dalam kelas.
-
Guru perlu merangsang pelajar melalui strategi pembelajaran dengan pelbagai cara. Misalnya, guru perlu menggunakan set induksi yang menarik, alat bantuan mengajar yang canggih serta kaedah dan teknik pengajaran yang berkaitan dengan minat pelajar kerana ini akan mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar mereka seterusnya bersedia untuk menerima ilmu pembelajarn yang baru. Suasana kelas yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Baka
kebolehan, minat dan kawalan emosi.
Contoh, jika ibu bapa seseorang anak itu pandai maka, anak-anaknya akan mengikut kebolehan yang dimiliki oleh kedua ibu bapanya.
faktor persekitaran
contohnya jika persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, murid tersebut akan terikut-ikut untuk membaca buku.
kedua-dua faktor tersebut menentukan kematangan dan pengalaman murid-murid. Oleh yang demikian, kesediaan pelajar adalah hasil daripada sejauh mana matangnya seorang murid itu dan berapa berapa banyak pengalaman yang ada dapat membantunya bersedia dalam pengajaran dan pembelajarannya semasa di dalam bilik darjah.