Di bawah kaedah perbelanjaan,
pendapatan negara dihitung dengan
menjumlahkan setiap perbelanjaan
yang dilakukan oleh setiap unit dalam ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa. Setiap unit tersebut masing–masing melakukan perbelanjaan.
Pelaburan atau pembentukan modal tetap swasta (I)
merujuk kepada perbelanjaan yang dibuat oleh
sektor swasta. Dalam konteks ekonomi, konsep
pelaburan merujuk kepada :
(i) Perbelanjaan ke atas berbagai jenis barang
modal bagi keperluan kilang dan perusahaan.
(ii) Perbelanjaan untuk membina rumah–rumah
kediaman, bangunan pejabat dan bangunan kilang.
(iii) Pertambahan nilai barang simpanan / stok /
inventori sama ada berupa bahan mentah, barang yang sedang diproses (separa siap) mahu pun
barang–barang akhir yang belum dipasarkan.