Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA - Coggle Diagram
BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
2.1 KAEDAH PENGIRAAN
A. KONSEP PENDAPATAN NEGARA
Keluaran Negara Kasar (KNK)
Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh tertentu biasanya setahun menggunakan semua faktor pengeluaran milik negara itu sahaja sama ada berada di dalam atau di luar negara.
Keluaran Negara Bersih (KNB)
Nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pengeluaran milik sesebuah negara setelah ditolak dengan susut nilai.
Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK)
Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam suatu tempoh biasanya setahun oleh faktor pengeluaran tersebut sama ada milik warganegara atau bukan warganegara.
Harga Pasaran
harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di
pasaran.
Kos Faktor
harga
barang akhir /perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor-faktor
pengeluaran.
Cukai Tak Langsung
cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain.
Subsidi
bantuan kerajaan kepada pengeluar
Pendapatan Faktor Bersih Luar Negeri
(PFBLN)
Perbezaan antara faktor dari luar negeri dengan pembayaran faktor ke luar negeri.
KNK = KDNK + PFBLN
KNB = KNK – susut nilai
kf = hp – cukai tak langsung + subsidi
PENDAPATAN NEGARA NOMINAL
jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada tahun itu atau lebih
dikenali sebagai harga pada tahun semasa.
PENDAPATAN NEGARA BENAR
jumlah pendapatan negara yang dikira berdasarkan harga pada satu tahun yang tetap, atau lebih dikenali sebagai harga pada satu tahun
asas.
PENDAPATAN PER KAPITA
Pendapatan yang diterima oleh setiap penduduk secara purata dalam sesebuah
negara.
PENDAPATAN PERSENDIRIAN
Jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi sama ada daripada pendapatan faktor atau bayaran pindahan untuk tempoh setahun.
PENDAPATAN BOLEH GUNA
Merupakan pendapatan persendirian yang
boleh dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan serta selebihnya ditabungkan.
B. KAEDAH PENGHITUNGAN PENDAPATAN NEGARA
Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
pendapatan negara dihitung dengan
menjumlahkan setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap unit dalam ekonomi iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan antarabangsa.
Pelaburan
perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor firma kerana membeli barang modal baru yang akan digunakan dalam proses pengeluaran.
Perubahan Inventori
Inventori atau barang stok ialah barang akhir yang
belum sempat dipasarkan atau barang separuh siap atau barang perantaraan yang masih dalam
proses pengeluaran.
Eksport bersih
merupakan hasil tolak antara
eksport dengan import
nilai KDNK dan KNK telah
dianggap sebagai pendapatan negara.
Kaedah keluaran (Nilai ditambah)
pendapatan
negara dikira dengan menjumlahkan nilai –nilai bagi semua keluaran akhir yang
dihasilkan oleh ekonomi tersebut atau dengan hanya menjumlahkan nilai – nilai
tambahan (nilai ditambah) yang terhasil dalam setiap peringkat proses pengeluaran
dalam tempoh masa setahun.
Kaedah pendapatan (bayaran faktor)
jumlah pendapatan negara boleh dikira dengan menjumlahkan pendapatan yang diterima oleh
semua faktor – faktor pengeluaran yang wujud dalam ekonomi
Nilai Ditambah
peningkatan nilai barang setelah
melalui proses pengeluaran dalam sesuatu kegiatan ekonomi tertentu.
Sektor Pertama
sektor pertanian, perlombongan dan kuari.
Sektor Kedua
sektor pembuatan dan pembinaan
Sektor Ketiga
utiliti, perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman dan penginapan,pengangkutan dan penyimpanan, maklumat dan komunikasi, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhimatan lain serta perkhidmatan kerajaan.
Upah dan gaji
pendapatan yang diterima oleh faktor buruh. Jumlah ini telah termasuk caruman KWSP.
Sewa
pendapatan yang diterima oleh harta – harta tetap seperti tanah dan bangunan.
Bunga
pendapatan kepada pemilik modal. Dalam pengiraan pendapatan negara, bunga yang diambil kira ialah bunga bersih.
Bunga bersih merupakan bunga yang tidak meliputi bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan.
Bunga atas pinjaman pengguna
merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal mereka kepada pengguna untuk membeli barang – barang tahan lama seperti kereta, alatan elektrik dan sebagainya.
2.2 MASALAH PENGIRAAN
PENDAPATAN NEGARA
PENGUMPULAN DATA
kegiatan ekonomi yang
dijalankan tidak direkod
PENGIRAAN DUA KALI
masalah memisahkan barang
perantaraan dan barang akhir
BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK
DIPASARKAN
kegiatan ekonomi sara diri / sistem barter
PERUBAHAN HARGA
masalah membina indeks harga
pengguna
AKTVITI HARAM
pengiktirafan produk/keluaran
PENGIRAAN SUSUTNILAI
anggaran tidak tepat kadar
susut nilai
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN
NEGARA
ALAT PENGUKUR KADAR PERTUMBUHAN
EKONOMI
mengukur pencapaian ekonomi
ALAT PENGUKUR SUMBANGAN KELUARAN
PELBAGAI SEKTOR EKONOM
mengukur jumlah keluaran untuk menggubal dasar
ASAS MEMBUAT PERANCANGAN EKONOMI
kerajaan membuat unjuran ekonomi
ALAT PETUNJUK PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI
sumbangan keluaran setiap sektor ekonomi
ALAT PERBANDINGAN TARAF HIDUP ANTARA MASA & NEGARA
mengukur pendapatan perkapita penduduk
2.4 KELEMAHAN DATA PENDAPATAN NEGARA
perbandingan taraf hidup antara masa
Perubahan tingkat harga umum
Perubahan kualiti barang
Perubahan komposisi keluaran negara
Perubahan saiz dan struktur penduduk
Perubahan masa rehat
Perubahan eksternaliti negatif
perbandingan taraf hidup antara negara
Perbezaan kos hidup
Perbezaan masa rehat
Perbezaan komposisi keluaran negara
Perbezaan agihan pendapatan
Perbezaan kegiatan produktif yang tidak diambil kira dalam pengiraan pendapatan negara
Perbezaan saiz dan struktur penduduk
Perbezaan dalam jumlah guna tenaga dan
pengangguran
Perbezaan eksternaliti negatif