Latar belakang.
• Dari kisah epik dia boleh jadikan puisi panjang. Kemudian diringkaskan. Kemudian ada sambungan. Sajak Jentayu ini yang diambil dari kisah epik Ramayana, diubah menjadi 11 babak dalam puisi. Dan diringkas kepada sajak yang sedang anda baca kini. Nasihat saya anda kena cari sajak Jentayu 11 babak itu.
• Diadapatasi daripada puisi Jentayu oleh Usman Awang, Johan Nawawi mengolah puisi 11 babak tersebut menjadi satu lagu yang penuh dengan maksud yang puitis dan irama yang beralun indah.
Pernah baca Hikayat Merong Mahawangsa?
Haaa~ Jentayu yang dijadikan subjek dalam kedua-dua karya tersebut digambarkan sebagai penyelamat yang sanggup mengorbankan diri nya sendiri tatkala mahu menyelamatkan seorang puteri China yang menjadi tunangan kepada seorang putera Rum dari serangan Garuda yang menculik puteri tersebut pada hari perkahwinan mereka.
Jentayu muncul membantu tatkala Merong Mahawangsa bergelut mahu menumpaskan Garuda.
• Jentayu ialah sejenis burung, yang dalam bahasa Inggerisnya Phoenix. Burung ini mungkin hanya wujud dalam karya-karya sastera dahulu, tetapi ia menjadi simbol tentang satu perjuangan. Jentayu dikenali kerana keteguhan perjuangannya, hingga rela bertongkat kuku.