Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
cakap dengar, Teknik P&P Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur,…
Main Peranan
- Murid memegang peranan (sebagai diri sendiri atau orang lain) dan beraksi mengikut situasi.
- Interaksi individu dan berkumpulan amat penting.
- Guru & murid boleh menyediakan atau mendapatkan maklumat tentang peranan yang ingin dilakukan.
Teknik Perbincangan
Digunakan guru untuk mencapai 3 objektif pengajaran (meningkatkan pemikiran & membantu pelajar membina kefahaman kandungan, merangsang penglibatan, membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.
- Saiz kumpulan sesuai dan praktikal (6-8 orang).
- Susun atur bilik yang baik ( murid menghadap satu sama lain, susunan berbentuk bulatan, separa bulatan atau bentuk U atau susunan berbentuk rantai atau Y.
- Topik perlu relevan dan merangsang minat murid.
Jenis-jenis Perbincangan:
i) Sumbangsaran
ii) Forum
iii) Seminar
iv) Sesi Buzz
v) Perbahasan
Permainan Bahasa
Matlamat:
- Mewujudkan situasi pembelajaran yang relaks.
- Murid dapat berinteraksi sesama mereka.
- Murid berpeluang menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain.
- Melahirkan daya cipta dan kreativiti murid.
Contoh:
domino suku kata, domino huruf, mencari perkataan, permainan jari abjad, jam perkataan, bingo perkataan, permainan kejar bintang, permainan main gasing, permainan susun abjad.
-
Definisi:
K. Mendengar - Kemahiran utama yang murid perlu kuasai sebelum mengujarkan perkataan/bunyi awal dalam proses berkomunikasi bertutur.
K. Bertutur - Proses komunikasi yang kompleks. Bunyi bahasa terhasil daripada unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) & paralinguistik (bahasa isyarat dan pergerakan badan). Turut melibatkan proses mental (memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu).
Mestamu
- Puisi dilagukan tanpa muzik.
- Unsur mestamu diselitkan dalam lakonan, antara babak atau ketika pause.
- Murid mendeklamasikan sajak dan pasangan akan melagukan sajak itu.
- Irama boleh diadaptasikan daripada lagu puisi sedia ada atau mengikut citarasa murid.
Dekon
- Gabungan deklamasi dan lakon yang dipersembahkan oleh seseorang.
- Murid berupaya menyampaikan idea secara lantang atau jaring dan jelas.
Contoh: Mendeklamasi puisi & lakonan, puisi menjadi sebahagian daripada drama, lakonan & aksi ( digerakkan oleh puisi itu).
Teater Bercerita
- Lakonan digerakkan oleh cerita/suara latar.
- Lakonan berdasarkan cerita.
- Mampu membina kecekapan berbahasa murid.
- Meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid.
- Perlu ada permulaan, perkembangan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian kepada teknik persembahan, suara, gerak laku & kawalan mata.
-