Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK 9: CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA :tada: -…
TAJUK 9:
CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
:tada:
(
Kedinamikan Etika Dan Peradaban Malaysia
)
Dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang lebih dinamik, progresif, aman, harmonis serta mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk dihayato bersama bagi menjamin kelangsungan kelestarian etika dan peradaban
Contohnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Konsep 1 Malaysia yang membawa aspirasi kedinamikan perpaduan hubungan antara kaum di kalangan rakyat negara ini.
(OBJEKTIF)
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan
Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi
(PRINSIP)
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini (Melayu)
Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
(
Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia
)
Pembinaan negara bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya
Pembinaan negara bangsa yang menetapi sejarah dan warisan simbol-etno negara akan melahirkan kehormatan dan kestabilan negara
Tadbir urus dan pembangunan negara dengan adil dan terangkum untuk mengurangkan defisit sosial
Tadbir urus baik dan pembangunan akan mengukuhkan kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat
A. i) Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
DEFINISI
-Wawasan Kemakmuran 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendpatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan
OBJEKTIF
=> Menstruktur semula ekonomi ke arah yang lebih progresif berpaksikan ilmu dan penilaian tinggi
=> Menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan etnik wilayah dan rantaian bekalan supaya tiada yang ketinggalan
=> Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah serta seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia
A. ii) Rancangan Malaysia ke-12
Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dilancarkan dengan inisiatif kemakmuran bersama berasaskan tiga dimensi, iaitu (i) pemerkasaan ekonomi, (ii) kelestarian alam sekitar serta (iii) merekayasa semula sosial (teknologi sosial) bagi tahun 2021-2025.
Pemerkasaan Ekonomi
Dimensi pemerkasaan ekonomi meliputi sumber dan bidang baharu pertumbuhan termasuk Revolusi Perindustrian 4.0, ekonomi digital, industri aeroangkasa dan pembangunan wilayah yang bersepadu serta pemboleh pertumbuhan seperti sumber tenaga yang mampan dan ketersambungan infrastruktur
Kemampanan Alam Sekitar
Dimensi kemampanan alam sekitar pula mengambil kira antara lain, ekonomi biru, teknologi hijau, tenaga boleh baharu serta adaptasi dan mitigasi perubahan iklim.
Perekayasaan Sosial
Dimensi perekayasaan sosial mencakupi peningkatan nilai-nilai murni, penambahan kuasa beli rakyat, pembentukan masyarakat Bumiputera yang berdaya tahan, pengukuhan jaringan keselamatan sosial, dan peningkatan kesejahteraan rakyat.
TERAS RANCANGAN MALAYSIA KE-12
Meningkatkan pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi negara
Menjamin hak pekerja, majikan dan kesatuan sekerja
Meningkatkan tadbir urus keselamatan & kesihatan pekerjaan di tempat kerja
Meningkatkan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif & progresif
Meningkatkan penyelidikan & pembangunan sumber manusia & perburuan
Mengutamakan pekerjaan kepada warganegara
A. iii) Pembangunan Lestari
DEFINISI PEMBANGUNAN LESTARI
Pembangunan Lestari/ Pembangunan Mampan merupakan pendekatan pembangunan penempatan yang dikerjakan/didiami manusia yang dijalankan secara terancang & berterusan
PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI
Memenuhi keperluan sekarang tanpa mengorbankan pemenuhan keperluan generasi masa akan datang
B. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
KESEPADUAN NASIONAL
DEFINISI
Penyatuan atau menyatupadukan kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza.
MATLAMAT
Membentuk satu “bangsa Malaysia” yang terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional sendiri.
KEPENTINGAN KESEPADUAN NASIONAL
Mewujudkan masyarakat pelbagai etnik dan budaya yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan.
Mencapai matlamat ke arah status negara maju.
Dapat berkongsi dan saling menghormati norma hidup, nilai dan kepelbagaian sosial.
PERPADUAN NEGARA
DEFINISI PERPADUAN
Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan anggota negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.
OBJEKTIF
Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
Menjadi warganegara yang bertolak ansur antara masyarakat tanpa mengira kaum.
Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain.
C. Perkongsian Pengalaman Etika dan Peradaban Malaysia
❖ Malaysia telah berjaya mentadbir negara dengan baik dan adil dengan analisa dari:
Indeks Kualiti Hidup
Indeks Kesejahteraan Malaysia
Indeks Maqasid Malaysia
Indeks Perpaduan Nasional
Indeks Kedamaian Global
❖ Pengalaman Malaysia mengajar bahawa pembangunan dan kadar ekonomi negara tidak akan maju tanpa menjaga kesejahteraan rakyat.
❖ Peradaban majmuk ini telah memperkayakan peradaban Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
❖ Pergaulan peradaban Malaysia melalui proses difusi dengan peminjaman budaya, pemakanan, bahasa serta budaya kerja dalam masyarakat.
(
Hakisan Sosial Ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban
)
1. DEFISIT SOSIAL DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Menghancurkan lingkungan alam
Tidak mengakar dalam masyarakat, mencabut tradisi & nilai budaya lokal
Menambahkan jurang kemiskinan & ketidakstabilan
Tidak mendengar aspirasi rakyat, kurang demokratif dan partisipatif
Tidak menghasilkan pekerjaan yang cukup dan berkualiti
KATEGORI DEFISIT SOSIAL
ETNISITI
-Kepelbagaian etnisiti
AGAMA
-Kurnag kefahaman dan sensitiviti antara penganut pelbagai agama
KELAS SOSIAL
-Jurang kelas sosial berdasarkan etnik, keturunan, pekerjaan dan ekonomi
PENDIDIKAN
-Ketidakseragaman aliran, kandungan dan penyampaian sistem pendidikan
BAHASA
-Kurang penguasaan Bahasa Kebangsaan
JANTINA
-Jurang jantina (gender) dalam pelaksanaan dan mobalisasi agenda perpaduan
JURANG GENERASI
-Jurang nilai, ideologi, semangat jati diri dan budaya antara generasi semakin luas
POLITIK FEDERALISME
-Ia perlu ditadbir dalam konteks hak, peranan dan tanggungjawab masing-masing
RUANG BANDAR -> DESA
-Jurang pembangunan dan infrastruktur dan kesedaran berhubung dengan peranan ruang bandar -> desa
MEDIA (memberi impak sangat besar pada masa kini)
-Penyalahgunaan dan pengawalan informasi
DEFINISI SOSIAL
Kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza.
2. TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN
DEFINISI TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN
-> Cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia, dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah negara, peradaban, syarikat dan sebagainya
-> Merujuk kepada tindakan yang diambil dan dilaksanakan oleh barisan individu yang mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat pengurusan
OBJEKTIF
Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerjaan untuk melaksanakan dasar yang telah dimandatkan
Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
Menjamin kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat
Menjamin perpaduan demi kestabilan negara
Matlamat menjaga keselamatan negara
(
DEB Pemangkin Sharing Poverty Tetapi Gagal
membawa Shared Prosperity
)
Telah diperkenalkan selama 20 tahun (1970-1990)
Diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990)
Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak
Dasar ekonomi jangka masa panjang pertama di Malaysia
Matlamat tersurat: Mencapai perpaduan negara & integrasi nasional
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik, agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
Matlamat DEB:
1) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2) Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
Strategi DEB:
1) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik.
2) Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi
Kesan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Peningkatan dalam sektor pendidikan
Meningkatkan peratus kecemerlangan
Merapatkan jurang pendidikan antara pelajar
Mewujudkan medan persidangan
Penurunan kadar kemiskinan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Peningkatan taraf dan kualiti hidup rakyat
Mewujudkan kumpulan perushaan dan perdagangan bumiputera
Mengeratkan perpaduan kaum
Semua kaum tidak lagi dikenali mengikut pekerjaan / sektor
Masyarakat pelbagai kaum bersatu padu
(
Kelestarian Etika Dan Peradaban Malaysia
)
Maksud Etika
=> Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan)1
Maksud Kelestarian
=> Secara umum bermaksud keupayaan mengekalkan sesuatu atau memastikan kewujudan atau berpanjangan
@
=> Satu paradigma pemikiran futuristik dengan mengambil kira keseimbangan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam merancang pembangunan dan peningkatan kualiti hidup
Maksud Peradaban
=> Daripada perkataan Peranchis one etiquette‟ iaitu (satu tiket) satu senarai peraturan yang menerangkan tingkah laku
yang boleh diterima untuk setiap keadaan dan boleh dicabar di mahkamah2
ANTARA NILAI ETIKA DAN PERADABAN MAJMUK 2 DI ALAM MELAYU YANG MEMBINA ETIKA DAN PERADABAN MALAYSIA :
Tanggungjawab
Keprihatinan
Amanah
Tolak Ansur
Kedamaian
Keadilan
Kebaikan
Disiplin
Kerijanan
Muafakat dan Kemajuan
LANGKAH KELESTARIAN ETIKA & PERADABAN MALAYSIA
Kesepaduan sosial
Peranan agama dan sistem kepercayaan
Menjunjung tinggi budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti
Keazaman politik (political will) dan pemertabatan etika dan peradaban
Membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat