Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL - Coggle Diagram
PERATURAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL
PERATURAN KESELAMATAN
Peraturan Am
Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul.
Bersihkan meja dan kawasan kerja selepas selesai aktiviti.
Buka pintu dan tingkap sebelum memulakan kerja.
Laporkan kepada guru sekiranya berlaku kemalangan.
Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Masuk ke bengkel dengan kebenaran guru.
Peraturan Diri
jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
Laporkan kepada guru sekiranya berlakunya kecederaan dan kemalangan.
Pakai pakaian yang sesuai dan kemas.
Cuci tangan selepas kerja-kerja selesai.
Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi sepanjang masa.
Dilarang menggunakan barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.
PETI KECEMASAN
Isi kandungan kit pertolongan cemas hendaklah sentiasa mencukupi.
Antara bahan dan alatan yang perlu ada dalam kit pertolongan cemas ialah gunting kecil, antiseptik, ubat kuning, losen biru, kain tekap, pembalut gulung, kapas dan pin keselamatan.
Kit pertolongan cemas hendaklah disediakan dalam bengkel dan diletakkan di tempat sesuai yang mudah dilihat.
ORGANISASI
Definisi
Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan yang teratur dan sistematik yang perlu dilaksanakan di dalam bengkel.
Tujuan
Membantu guru memastikan bengkel berada dalam keadaan teratur dan kemas.
Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.
Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel.
Melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
ALAT PEMADAM API
Memastikan alat tersebut boleh berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
Menghubungi pihak bomba untuk menjalankan pemeriksaan ke atas alat pemadam api tersebut.
Alat pemadam api hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
Pastikan alat pemadam api berada di bengkel sebagai langkah keselamatan.
Cara-cara menggunakan alat pemadam api :
Tanggalkan pin picu.
Halakan muncung penyembur ke punca api.
Letakkan alat pemadam api di atas lantai.
Tekan tuas. Bahan pemadam akan tersembur keluar.