Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO, E-PEMBELAJARAN TAJUK 8: PENGAJARAN MIKRO &…
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
MIKRO
Bermaksud sesuatu yang kecil seperti microscope & microwave
Saiz kelas kecil (5-8 murid).
Guru pelatih berperanan sebagi murid.
Waktu mengajar yang pendek (10-15 minit).
Tumpu 1 kemahiran sahaja.
Tidak perlu ke sekolah.
Keadaan luar biasa kerana dilakukan di makmal.
Set Induksi
Cara memulakan pengajaran.
Bertujuan untuk mendapatkan perhatian murid, memudahkan murid memahami pelajaran yang akan diikuti nanti, menimbulkan rasa minat dan ingin tahu murid.
Set Induksi harus menarik perhatian (nada guru berubah, wujud motivasi, aktiviti menyeronokkan), menstruktur (memberitahu cara-cara menjalankan tugasan) dan membuat perkaitan (pelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada murid).
Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Dirancang lebih awal agar pengajaran lebih berkesan.
Guru mantapkan kerja-kerja grafik supaya menarik perhatian,
Tulisan & rajah mesti jelas. Contoh, melukis peta.
Empat komponen iaitu kejelasan, susunan, [enonjolan/penekanan & teknik persembahan.
Murid dapat kekalkan tumpuan semasa P&P, murid dapat berfikir secara produktif, hubungan guru dan murid baik & mewujudkan disiplin yang baik juga.
Kemahiran Variasi Rangsangan
Kepelbagaian teknik pengajaran.
Guru mesti merancang sesi P&P tiada bahan yang dibazirkan.
Bertujuan menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian murid, melibatkan murid dalam pelbagai pengalaman.
Wujudkan peluang agar murid-murid dapat memenuhi naluri ingin tahu.
6 Komponen iaitu Pergerakan, Pergerakan Anggota, Perubahan Pertuturan, Perubahan Fokus Deria, Bentuk Penglibatan Lisan Murid, Bentuk Penglibatan Fizikal.
Kemahiran Menyoal
Soalan yang disoal mesti sesuai
Sebut soalan dahulu dan diikuti nama murid.
Guru rancang jenis soalan.
Murid diberi tempoh masa.
Perkataan yang diberi mudah.
Elakkan menyoal murid ikut susuan kelas dan ketika murid membuat tugasan.
7 Komponen Menyoal iaitu Pembentukan Soalan, Fokus. Alih Hala Soalan, Sebaran, Melayani jawapan murid, Membantu dengan memberi petunjuk, Mencungkil yakni mendapatkan jawapan murid setelah menyoal.
Soalan-soalan yang disoal tidak hanya soal aras kognitif rendah sahaja.
Guru ubah aras soalan dari semasa ke semasa.
Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom.
Kemahiran Peneguhan / Pengukuhan
Suatu bentuk pujian terhadap murid bagi menggalakkan tingkah laku positif murid.
-Guna pengukuhan positif selaras dengan umur, jantina dan peringkat sosial murid.
-Objektifnya, dapat menarik perhatian murid, menggalakkan murid mencuba, meningkatkan pencapaian akademik murid, memperbaiki disiplin serta keyakinan diri murid.
8 Komponen iaitu Lisan Positif, Lisan Negatif, Gerak Isyarat Positif, Gerak Isyarat Negatif, Dampingan, Sentuhan, Penggunaan Jawapan Murid, Tiada Pengukuhan.
Kemahiran Memberi Penerangan
Perancangan guru mesti jelas, menarik dan bermakna.
Penerangan yang selaras dengan umur, kebolehan, pengetahuan sedia ada murid.
Tindak balas guru terhadap arespons murid hendaklah berbentuk positif.
4 Komponen iaitu Arah Permulaan, Kemahiran Ilustrasi, Penyusunan Pemikiran/Idea, Penutup.
Kemahiran Penggunaan Bahan / Contoh / Ilustrasi
Guru guna bahan, contoh, ilustrasi (mode, slaid untuk mengajar secara abstrak).
Contoh, lukisan, kad gambar, cerita, pita rakaman dll.
Bertujuan untuk membantu murid memahami konsep, meningkatkan keberkesanan pengajaran, mengekalkan pemerhatian, memepercepat dan memmudahkan pengajaran.
6 Komponen iaitu Bahan/Contoh.Ilustrasi mestilah mudah, sesuai, menepati isi, menarik minat, pengunaan media yang sesuai & adanya penglibatan murid.
Penutup
Penumpuan perhatian kepada penyelesaian suatu tugas.
2 jenis penutup iaitu Penutup Kognitif ( Guru senaraikan isi penting bagi mengukuhkan apa yang telah dipelajari).
& Penutup Sosial ( Bagi murid rasai pencapaian pembelajaran pada hari itu, Contoh pujian, galakan).
Penutup mesti bermakna dari segi minat, kebolehan & umur murid, berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran, kaitkan aspek satu-satu pelajaran yang dipelajari, dapat menilai keberkesanan pelajaran dll/
3 Komponen iaitu Kaitan Kognitif, Kaitan Sosial & Mewujudkan motivasi.
MAKRO
Kelas sebenar iaitu 40orang atau lebih.
Memerlukan murid sebenar seperti di sekolah, Waktu mengajar 30 minit atau lebih.
Penggunaan kemahiran yang pelbagai.
Pengajaran Makro melibatkan pengaplikasian dari aspek Kemahiran Bahasa, Seni Bahasa & Tatabahasa.
E-PEMBELAJARAN TAJUK 8: PENGAJARAN MIKRO & MAKRO BAHASA MELAYU