Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2: FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN (Aisyah Farhana 2021619332 AS30) - Coggle…
BAB 2: FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN (Aisyah Farhana 2021619332 AS30)
Kemunculan Falsafah Falsafah baru
Organisasi
Wadah yang menjadi tempat sekelompok individu berkumpul, berinteraksi dan seterusnya bekerjasama dalam mengusahakan sesuatu tujuan atau objektif organisasi yang telah disepakati bersama.
Suatu proses iaitu individu yang terlibat mengalami fasa-fasa tertentu yang menjadikan setiap individu tersebut mengerti tentang dirinya,tujuan kehidupannya dan pengakhiran hidupnya.
Ekologi
Hubungan antara sesama manusia mampu mempengaruhi alam persekitarannya secara positif, memanfaatkan hasil alam secara bijaksana dan lestari serta memahami makna kehidupan dengan lebih baik.
Teknologi
Contoh: teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon, televisyen dan sekarang ini komputer, internet dan sebagainya
Teoretikal
Epistemologi
teori pengetahuan yang benar. membahaskan tentang hakikat, sumber dan kesahan sesuatu ilmu. Ia melibatkan upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya.
Psikologi
mengkaji fungsi mental dalam tingkah laku sosial. Berupaya memberi penghayatan terhadap hakikat, sifat dan potensi keinsanan sehingga akhirnya kapasiti setiap insan dapat dibangunkan secara seimbang dalam semua fakulti dan dimensi
Metafizik
bukan hanya terbatas pada persoalan alam fizikal malah turut menjangkau alam
metafizikal
atau
supernatural
Estetika
meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual
Praktikal
Etika
Mengkaji dan mempersoalkan pelbagai isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, susila, cara berfikir, sikap, agama dan semua faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia
Peradaban
Pemikiran tentang keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur serta mempunyai pencapaian yang signifikan dalam bidang pemikiran, material dan spiritual
Politik
Memberi hasil yang praktikal dan menjadi nasihat yang berguna kepada kerajaan mengenai konsep pentadbiran sesuatu negara, sistem kerajaan dan sebagainya
Ekonomi
Membincangkan perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi seperti keadilan dan kesaksamaan ekonomi.