Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 4: Pembangunan Ekonomi Menurut Islam - Coggle Diagram
BAB 4: Pembangunan Ekonomi Menurut Islam
4.1 Aplikasi / Instrumen Islam dalam Ekonomi
1) Jual beli yang adil & tidak menipu (Ghassha)
Jual beli samada berbentuk barang atau perkhidmatan (upah)
al-Quran: al-Nisa': 29
2) Al-Wadiah / Deposit (Simpanan Konvensional) disertai dividen (hibah) dari sumber yang halal
3) Al-Mudharabah (perkongsian modal dari pelabur) untuk diusahakan pengusaha
4) Al-Musharakah (perkongsian modal dan usaha) dari pelabur dan pengusaha
5) Bai' Bi Thamanin Ajil (Pembayaran secara ansuran) cth: sama seperti pembelian peti ais atau mesin basuh, mesin pengering)
6) Ijarah & Ijarah Thumma Bai': Sewa beli (bayaran sewa secara bulanan dan dikira sebagai hak milik selepas habis bayar) cth: pembelian rumah & kereta
Terdapat juga transaksi sewa bangunan & tidak berlaku pembelian
7) Al-Wakalah: Seseorang dilantik sebagai wakil berbayar untuk menguruskan urusan jual beli bangunan atau barangan mahal (yang memerlukan pembayaran ansuran).
Wakil adalah disepakati antara pembeli & penjual (mungkin pihak bank @ tuan rumah).
8) Wakaf: 'Berhenti' kerana pemilik asal harta tersebut menghentikan harta miliknya (alih @ tidak alih) untuk digunakan dirinya & pihaknya untuk diberikan kepada pihak lain (individu @ organisasi) untuk tujuan kebajikan
9) Al-Rahnu (Pajak Gadai): Seseorang mencagarkan barang berharga miliknya kepada pihak bank, untuk meminjam wang.
Jika hutang tidak dapat dibayar maka bank akan ambil barang berharga miliknya. Jika mampu bayar, bank akan memulangkannya.
10) Hibah (Hadiah @ Dividen keuntungan)
11) Infaq @ Sedekah: pemberian kepada orang kesusahan yang memerlukan (fakir & miskin) yang tiada ketetapan kadarnya.
12) Zakat Fitrah & Zakat Harta: pemberian kepada orang kesusahan yang memerlukan (fakir & miskin) ada haul (masa) & nisab (kadar) yang ditentukan pemerintah
13) Al-Murabahah: Pembelian suatu barang oleh pihak bank sebagai pembeli pertama atas permintaan & perjanjian rundingan dengan pembeli ke-2.
Bank membeli barang tersebut dan menjual kepada pembeli ke-2 dengan pemakluman harga modal & keuntungan yang diambil pihak bank.
Pembeli ke-2 bersetuju & transaksi berlangsung.
4.2 Prinsip Islam
4.2.1 Adil (tidak zalim & menindas) seperti pelaksanaan Riba' (interest) dalam transaksi
4.2.2 Benar & Tidak Menipu (Ghassha) penipuan kecil & (Gharar) penipuan besar atau unsur tidak jelas
4.3 Institusi Ekonomi Islam
4.3.1 Bank Islam
4.3.2 Baitul Mal (Pusat Zakat) secara rasminya berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam setiap negeri
4.3.3 Lembaga Tabung Haji (Menyimpan & Melaburkan deposit umat Islam untuk menunaikan ibadah Haji)